Inovasi Pensyarah UPM Hasilkan Penapis Air Dwi-Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air | FAKULTI KEJURUTERAAN
» ARTIKEL » Inovasi Pensyarah UPM Hasilkan Penapis Air Dwi-Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air

Inovasi Pensyarah UPM Hasilkan Penapis Air Dwi-Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air

SERDANG- Kuprum merupakan unsur kimia penting dalam alam sekitar dan tubuh manusia kerana ia membantu tubuh membentuk sel darah merah dan memelihara sel-sel saraf dan sistem imun yang sihat. Walaubagaimanapun, ion kuprum(II) yang berlebihan di dalam air minuman (air paip) atau sumber alam sekitar lain boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia dan ekosistem seperti ketoksikan akut dan pelbagai penyakit neurodegenerative seperti penyakit Alzheimer dan gangguan keradangan pada manusia.

Disebabkan kebimbangan orang awam terhadap tahap kesihatan dan penetapan  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap paras selamat kandungan ion kuprum(II) dalam air minuman iaitu 1.3 ppm (~ 20 μM)., Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee dari Institut Teknologi Maju (ITMA) UPM berjaya menghasilkan inovasi Outdoor water filter with SMART BEADS yang dapat mengesan masalah tersebut.

 

Outdoor Water Filter with SMART BEADS merupakan sistem penapisan air dwi-fungsi yang dapat mengeluarkan logam berat dan juga membolehkan pemantauan bilangan ion logam berat yang terdapat di dalam air secara terus. Alat dwi-fungsi ini dilihat sangat bermanfaat kepada pengguna dengan pendekatan yang mudah, ekonomi dan mesra alam.

Inovasi penapisan air dwi-fungsi ini menunjukkan hasil yang positif dan memberikan pelbagai manfaat kepada pengguna. Antaranya penapisan dan penentuan ion kuprum(II) dalam air minuman boleh dilakukan dengan hanya menggunakan satu sistem penapisan air, penghasilan yang mudah, kos penghasilan yang berpatutan, dapat mengesan kadar ketoksikan dalam air dan berpotensi dalam IoT.

Selain itu, penciptaan inovasi yang menggunakan percetakan 3D dalam fabrikasi peranti mampu menjadi penanda aras untuk generasi seni bina tenaga pada masa akan datang. Inovasi yang dibangunkan bersama ahli kumpulannya, iaitu Dr. Izwaharyanie Ibrahim dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan telah sedia untuk pengkomersialan.

 

Teknologi ini juga mengaplikasikan penggunaan teknologi nano “Versatile Graphene” bagi menghasilkan sistem penapis air yang telah memenangi Anugerah Usahawan Penyelidik  terkemuka di bawah Tahun Pengkomersilan Malaysia (MCY2018) di Pameran & Persidangan Produk Antarabangsa & Persidangan Greentech & Eco Antarabangsa Malaysia (IGEM 2018) yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Penapis Air Dwi-Fungsi Penapis-Fotosensor juga telah memenangi Anugerah Khas HOMEDEC di 30th International Invention & Innovation Exhibition 2019 (ITEX 2019) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 4 Mei 2019.

Tarikh Input: 27/09/2019 | Kemaskini: 27/09/2019 | amirahsyahira

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdBAF~