Kachau Luar - Hutan Classroom merupakan satu projek pembelajaran di luar bilik darjah berinspirasikan alam khusus untuk anak-anak Orang Asli di Kachau Luar, Semenyih. Projek ini merupakan hasil kolaborasi antara Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, TFA Academy dan Celik Volunteer Club. Projek ini telah berjaya mencapai 5 bintang dalam capaian ICRIS. Projek ini diharapkan dapat diperluaskan untuk pendidikan anak-anak Orang Asli seluruh negara dan juga organisasi berminat. Liputan lanjut berkenaan Hutan Classroom boleh diklik pada pautan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, boleh menghubungi Dr. Muhammad Heikal Ismail 017-794 9131
Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=G2wtZ9YWggg&feature=youtu.be
Tarikh Input: 11/10/2019 | Kemaskini: 16/10/2019 | amirahsyahira
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430