AERO-Putra Space Menang Video Terbaik Global Space Ballon Challenge 2016 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » AERO-Putra Space Menang video terbaik Global Space Ballon Challenge 2016

AERO-Putra Space Menang video terbaik Global Space Ballon Challenge 2016

Pelancaran ke-3 Aero-PUTRA Space High Altitude Balloon di Felcra Seberang Perak, Malaysia

 

 

AERO-Putra Space Menang video terbaik Global Space Ballon Challenge 2016

SERDANG, 10 Jun 2016. Pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia telah mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi tempat pertama dalam kategori video terbaik dalam Global Space Balloon Challenge 2016.

Pasukan Aero-PUTRA Space yang diketuai oleh pelajar tahun dua, Mohd Fazri bin Sedan (178141) ini dianggotai oleh pelajar pra-siswazah dan siswazah dengan kerjasama daripada alumni dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa UPM.

Global Space Balloon Challenge (GSBC), yang dianjurkan oleh Students for the Exploration and Development of Space (www.seds.org) dan Space Generation Advisory Council (www.spacegeneration.org) antara lainya, merupakan satu pertandingan melancarkan belon beraltitud tinggi yang melibatkan seluruh dunia. GSBC menyediakan platform bagi masyarakat sedunia untuk mempamerkan budaya kerja mereka dalam mendidik generasi akan datang tentang teknologi belon beraltitud tinggi.  Pada 2016, seramai 407 pasukan daripada 54 buah negara telah menghantar pasukan masing-masing termasuk Malaysia. GSBC juga ditaja oleh Stanford University, Massachusetts Institute of Technology dan University of Michigan.

“Antara hasrat projek kami adalah untuk menghasilkan sebuah komuniti untuk berkongsi pengetahuan dengan masyarakat antarabangsa dan serta menjadikan belon beraltitud tinggi sebagai satu platform untuk kajian saintifik di ruang near-space,” kata Dr. Syaril Azrad Md Ali, penasihat projek GSBC UPM. 

Sebanyak 9 kategori dipertandingkan dalam GSBC 2016, antaranya ialah Eksperimen Terbaik, Video Terbaik, Gambar Terbaik dan Inisiatif Pendidikan Terbaik.

Untuk julung kalinya Universiti Putra Malaysia telah memenangi kategori Video Terbaik dan membawa pulang wang tunai sebanyak USD 300. Selain itu UPM juga merupakan satu-satunya Universiti di Asia yang berjaya memenagi salah satu ketegori yang dipertandingkan.

Kejayaan Pasukan ini yang mempertaruhkan kajian dalam High Altitude Balloon (HAB) Based System for Aerosol Sampling, Low-Cost Near-Infrared Agricultural Imaging Subsystem using High Altitude Balloon (HAB) dan Smart Memory Alloy Study Platform in High Altitude Environment telah menghasilkan inovasi dalam penyelidikan belon beraltitud tinggi Universiti Putra Malaysia.

Sepanjang pertandingan yang belangsung dari 11 April hingga 09 Mei 2016 bertempat di negara masing-masing ini, Pasukan Aero-PUTRA telah melancarkan sebanyak 5 belon beraltitud tinggi yang mencapai ketinggian antara 20-38 km dari paras laut.

“Pertandingan ini adalah platform terbaik untuk pelajar jurusan kejuruteraan untuk berekperimentasi dan mengaplikasikan pelajaran di kuliah terhadap masalah dunia sebenar di samping bersaing di peringkat global” kata Dr. Ahmad Salahuddin Mohd Harithuddin salah seorang pensyarah yang terlibat dengan pertandingan ini. 
Antara kriteria yang diambil kira dalam pemilihan pemenang ketegori video terbaik adalah keunikan, kesan khas dan penyampaian video yang menarik. Video juara ini juga mempamerkan lanskap sawah padi di sekitar Teluk Intan, Perak dengan menggunakan drone.

Video Pelancaran pasukan ini dapat ditonton melalui laman YouTube di https://www.youtube.com/watch?v=OLSEomBDYhA .

Sila lawati laman web GSBC 2016 (https://community.balloonchallenge.org/t/1st-place-best-video-gsbc-2016-aero-putra-space-of-malaysia/955) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertandingan ini.

Layari juga Facebook Fakulti Kejuruteraan https://www.facebook.com/engineeringupm/ dan Instagram https://www.instagram.com/fk_engineering_upm/

 

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 16/07/2019 | amirahsyahira

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEUAAd~