CEO TALK: Mindshaping For The Future Oleh CEO Aerodyne Group | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » CEO TALK: Mindshaping for The Future oleh CEO Aerodyne Group

CEO TALK: Mindshaping for The Future oleh CEO Aerodyne Group

Oleh: Nurul 'Asma Mustafa (Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi)

Foto: Ahmad Adib Akmal Ahmad Najib

 

 

SERDANG, 27 Julai 2022 -  Program CEO@PTJ adalah merupakan program yang menghimpunkan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan peneraju industri tempatan dan antarabangsa ke universiti di Malaysia bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan pelajar dan komuniti universiti. Tuan Kamarul A Muhamed dari syarikat Aerodyne Group, dengan rasminya telah di lantik sebagai CEO@PTJ bagi Fakulti Kejuruteraan bermula Januari 2022. Beliau adalah founder dan CEO Aerodyne Group. Aerodyne Group merupakan peneraju syarikat teknologi multinasional di Malaysia dengan pengkhususan perkhidmatan dron dan pengurusan data di dalam bidang DT3 (Drone Technology, Data Technology & Digital Transformation).

 

 

Bertepatan dengan objektif program CEO@PTJ UPM, satu program ceramah di bawah program CEO@PTJ telah diadakan bertempat di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan pada 27 Julai 2022. Program satu hari ini diadakan bermula dari pukul 9 sehingga 11.15 pagi mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan bukan sahaja dari kalangan staf UPM, tetapi turut mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan pelajar dengan kehadiran seramai 54 orang staf dan 278 pelajar. Turut hadir adalah Ahli Pengurusan Fakulti Kejuruteraan diketuai oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan, UPM, Profesor Ir. Dr Mohd Khairol Anuar b. Mohd Ariffin.

Tarikh Input: 26/08/2022 | Kemaskini: 26/08/2022 | norliyana_karim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdBAz~