GRADUAN FAKULTI KEJURUTERAAN DIRAIKAN DI MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN GRADUAN SESI 2021/2022 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » GRADUAN FAKULTI KEJURUTERAAN DIRAIKAN DI MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN GRADUAN SESI 2021/2022

GRADUAN FAKULTI KEJURUTERAAN DIRAIKAN DI MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN GRADUAN SESI 2021/2022



Serdang, 25 November 2022 – Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Graduan Fakulti Kejuruteraan Sesi 2021/2022 Fakulti Kejuruteraan di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Majlis ini merupakan majlis khas yang diadakan setiap tahun untuk meraikan serta memberi pengiktirafan kepada para graduan di fakulti yang menunjukkan kecemerlangan di dalam bidang akademik, kepimpinan dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti selain akademik sepanjang berada di Fakulti khususnya dan Universiti amnya.

Pada tahun ini, terdapat 27 penaja/syarikat dengan tajaan keseluruhan RM 34,000.00 bagi sesi 2021/2022 merangkumi agihan kepada 36 hadiah iaitu 5 hadiah Fakulti dan 31 hadiah Jabatan. Pihak Fakulti melihat sumbangan penajaan ini sebagai satu platform jaringan yang baik antara Fakulti dan Industri. Terima kasih kepada barisan penaja yang menaja pada sesi ini.

 

TAHNIAH kepada semua penerima hadiah bagi Sesi 2021/2022.

Link gambar: https://photos.app.goo.gl/cKhu2ZMJ3ZJwPxX98 

 

Tarikh Input: 01/12/2022 | Kemaskini: 02/12/2022 | ahmadadib

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdIAC~