Kunjungan Hormat Dan Pertukaran Dokumen MoU Antara UPM Dan Massey University | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Kunjungan Hormat dan Pertukaran Dokumen MoU antara UPM dan Massey University

Kunjungan Hormat dan Pertukaran Dokumen MoU antara UPM dan Massey University

 
Adalah dimaklumkan bahawa Prof. Ian Yule dari Massey University, New Zealand merupakan Profesor Pelawat di Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan UPM selama setahun bermula 6 November 2018. Beliau telah membuat lawatan rasmi pada 6-16 November 2018. Prof. Ian Yule merupakan Profesor dalam bidang pertanian presis, Pengarah Massey Agritech Partnership Research Centre serta Presiden International Society for Precision Agriculture (ISPA) (2018-2020). Lawatan ini telah meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua belah pihak terutamanya dalam bidang pertanian presis.
 
Prof. Ian Yule telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Naib Canselor dan seterusnya membuat pertukaran dokumen MoU antara UPM dan Massey University, New Zealand pada 16 November 2018 di Bilik Tetamu, Bangunan Canselori, UPM.
 

Tarikh Input: 16/11/2018 | Kemaskini: 16/11/2018 | amirahsyahira

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDcVA6~