Lawatan Politeknik Penerbangan Medan Indonesia Ke Fakulti Kejuruteraan | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Lawatan Politeknik Penerbangan Medan Indonesia ke Fakulti Kejuruteraan

Lawatan Politeknik Penerbangan Medan Indonesia ke Fakulti Kejuruteraan

Pada 4 Januari 2019, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa telah menerima pelawat daripada Politeknik Penerbangan Medan Indonesia. Antara yang turut hadir termasuklah wakil daripada Politeknik Negeri Medan Indonesia dan Politeknik Banting Selangor. Tetamu yang hadir terdiri daripada Ir. Herri Trisna Frianto, Ir. Hadi Prayitno, Sunardi Machmudi dan Dr Norhayati Zakaria. Jabatan diwakili oleh Ketua jabatan, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim Abu Talib , Dr. Mohamad Ridzwan Ishak, Dr. Mohd Faisal Abdul Hamid dan Dr. Noorfaizal Yidris. Objektif lawatan adalah berkaitan kerjasama program siswazah peringkat PhD di kalangan para pensyarah di dalam bidang penyelenggaraan pesawat, kawalan, dan aeroangkasa.

Pertemuan lawatan  itu diadakan di bilik mesyuarat, tingkat 5, Fakulti Kejuruteraan. Pada akhir mesyuarat semua ahli mengambil gambar kenang kenangan di hadapan mural Jabatan. Semoga kerjasama yang berterusan antara empat institusi ini dapat memajukan indutri penerbangan di Asia Tenggara dan bereputasi antarabangsa .

Tarikh Input: 09/01/2019 | Kemaskini: 09/01/2019 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXETQAa~