Lekir Di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS2018) | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Lekir di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS2018)

Lekir di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS2018)


YB Anthony Look Siew Fook diiringi TB Datuk Aishah Ahmad,President MAA  berkunjung ke booth PMT

 


Ahli PMT bersama pengunjung di KLIMS2018

 

Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS2018) yang bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur diadakan dari 23 November hingga 2 Disember 2018. Program anjuran Malaysian Automotive Association (MAA) yang diadakan hanya lima tahun sekali merupakan platform terbaik bagi syarikat-syarikat automotive dan industri untuk memperkenalkan produk terbaru mereka kepada orang awam. Putra Motorsport Team (PMT) telah dijemput dari pihak penganjur untuk membawa kereta lumba terbaru mereka iaitu Lekir ke pameran tersebut.

PMT mengambil peluang keemasan ini untuk memperkenalkan bidang motorsport dalam kalangan pelajar kepada orang awam. Mereka juga berpeluang untuk bertukar tukar pendapat dan menerima nasihat serta bimbingan daripada jurutera dan mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang automoti. Peluang, pengalaman dan pengetahuan ini tidak dapat diperolehi di dalam kelas. Terdapat 13 orang pelajar yang terlibat dalam program ini iaitu:

 

  1. Umairatul Afiqah Binti Md Nazri
  2. Anderson Kent Robert
  3. Siti Khairiyah Sulaiman
  4. Nur Fitriana Binti Ma’ruf
  5. Nor Farzana Binti Mohd Razali
  6. Farhana Binti Nazri
  7. Haziqah Iffah ab. Halim
  8. Muhammad Razzan Bin Rosli
  9. Krishnaraja Masalamany
  10. Chuan Khang Wei
  11. Tan Shen Hien
  12. Ziad Ashraf Mabrouk Farghal
  13. Ahsanul Haque Khan Shuvo

Turut hadir adalah Ketua Pengarah PMT iaitu Dr. Khairil Anas Md Rezali dan encik Mohd Hafizul Hashim semasa pameran berlangsung.

 

Lekir yang diberi nama pahlawan Melayu ini dibina sepenuhnya oleh 13 orang pelajar dalam tempoh masa tiga bulan sahaja. Lekir telah mewakili Universiti Putra Malaysia yang juga wakil tunggal dari Malaysia ke Student Formula Japan 2018. Berat kereta formula ini merupakan 250kg dan menggunakan enjin Suzuki GSX-R600.

 

Booth PMT telah dikunjungi oleh YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan, dan YB Datuk Aishah Ahmad, Presiden MAA. Mereka berharap agar UPM terus bergiat aktif dalam bidang penyelidikan dan pembangunan automotif supaya dapat membangunkan teknologi dan industri automotif di Malaysia.

 

 

Link:

https://klims.com.my/

https://www.facebook.com/klims.com.my/

https://www.facebook.com/PMTUPM

 

 

Tarikh Input: 07/12/2018 | Kemaskini: 07/12/2018 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXETMAz~