Putrajaya, 14 Jun - Majlis Perasmian Program ‘MoE-Intel Elite Internship programme’ yang diserikan dengan kehadiran YB Menteri Dr. Maszlee Malek telah diadakan di Dewan Banquet Kementerian Pendidikan, Putrajaya dan disaksikan oleh Pemegang saham Program dan para Dekan universiti- universiti yang terlibat.
Program ini merupakan sebuah program baharu yang dicipta bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran para graduan Malaysia dengan memberikan pendedahan dunia sebenar dan piawaian industri dalam bidang ‘microelectronics’, ’silicon design’ dan ‘system-on-chip’.
Seramai 100 orang pelajar termasuk 6 orang pelajar daripada Universiti Putra Malaysia telah dipilih daripada lebih 250 permohonan. Program ini turut menampilkan 12 orang pensyarah daripada universiti masing-masing dan berada di bawah program ‘Intel Visiting Faculty Member programme’ dan ‘MOE AIExpert’.
Turut serta di dalam program ini, Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM - Prof. Dr. Nor Kamariah Nordin, Wakil Pelawat Fakulti - Ir. Dr. Fakhrul Zaman Rokhani dan 6 orang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Sitem computer dan Komunikasi :
Tarikh Input: 26/06/2019 | Kemaskini: 26/06/2019 | amirahsyahira
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430