PASUKAN PELAJAR TAHUN DUA FAKULTI KEJURUTERAAN PUTRA RANGERS RAIH TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN CONCRETE BOWLING 2019
KUALA LUMPUR, 4 Mei – Kumpulan pelajar tahun dua Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi tempat kedua dan ‘Best Bowling Score Award’ dalam Pertandingan University of Malaya Civil Engineering Competition 2019: Concrete Bowling (UMCEC).
Pertandingan ini merupakan platform terbaik bagi pelajar mengaplikasi konsep guna-semula bahan buangan bagi menghasilkan konkrit ringan seterusnya digunapakai dalam penghasilan bola bowling.
Putra Rangers telah berjaya bersaing dengan 17 pasukan dari beberapa universiti awam dan swasta pada pertandingan yang telah berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kejayaan ini membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1000.00, sijil berserta hamper.
Pasukan yang dikenali dengan nama Putra Rangers pelajar tahun dua itu terdiri daripada Nor Azraei bin Nor Kadim (Ketua Pasukan), Muhammad Syafiq bin Misnawi, Mohd Fazli bin Abd Rashid, Mohamad Razeen Iqbal bin Roslan dan Muhammad Haziq bin Azhar.
Info lanjut layari https://web.facebook.com/admin.civil.eng.upm/
Tarikh Input: 10/05/2019 | Kemaskini: 10/05/2019 | amirahsyahira
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430