Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia telah melibatkan diri dengan Projek sekolah angkat. Melalui projek ini, pensyarah jabatan bertindak sebagai penasihat dan menyokong penuh aktiviti sekolah angkat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Negeri Sembilan dalam pertandingan 4X4 in schools Malaysia. Paling membanggakan, sekolah ini telah diangkat sebagai johan semasa pertandingan di peringkat kebangsaan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 30 September, 2018. Sekolah ini bakal mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Sesungguhnya Fakulti Kejuruteraan begitu berbangga dengan tenaga yang disumbangkan kepada komuniti oleh Dr. Abdul Aziz Hairuddin, Dr. Khairil Anas Md. Rezali, Dr. Azizan As’arry, Dr. Che Nor Aiza Jaafar dan Dr Eris Elianddy Supeni. Ini adalah bertepatan dengan dengan moto universiti iaitu BERILMU BERBAKTI.
Tarikh Input: 01/10/2018 | Kemaskini: 01/10/2018 | no.j
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430