Jelebu: Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Simpang Pertang berjaya mencipta lapisan perlindungan pada seragam daripada pokok buluh dan kenaf dikenali sebagai Safety Bio-Pad.
Ciptaan berkenaan memenangi tempat ketiga bagi kategori hibrid pada pertandingan sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang yang diadakan pada 26 hingga 30 Oktober 2018..
Ketua Kumpulan KIK BBDP Simpang Pertang, Pegawai Bomba Irwan Hairul Shah Abd Hamid berkata, kumpulan itu turut disertai lima penuntut dan pensyarah iaitu Dr. Norkhairunnisa Mazlan dari Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Syeed Saiful Azry dari Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Natasha ramli dan Tay Chai Hua. “Kami mengambil masa enam bulan bagi mencipta bahan perlindungan untuk bahagian lutut, siku dan bahu dikenali sebagai Safety Bio-Pad.
“Idea mencipta perlindungan ini timbul kerana kebanyakan anggota penyelamat terdedah kepada pelbagai bahaya terutama pada ketiga-tiga bahagian badan itu terutama ketika melakukan operasi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Untuk maklumat lebih lanjut sila klik pautan di bawah;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/397096/seragam-bomba-serat-buluh
Tarikh Input: 21/11/2018 | Kemaskini: 21/11/2018 | no.j
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430