Perbincangan Kemampanan Kurikulum Kejuruteraan Mekanikal Dengan Panel Industri | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Perbincangan Kemampanan Kurikulum Kejuruteraan Mekanikal dengan Panel Industri

Perbincangan Kemampanan Kurikulum Kejuruteraan Mekanikal dengan Panel Industri

Serdang, 17 Januari 2023- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan telah mengadakan Mesyuarat Panel penasihat Industri (IAP) 1/2023, Program Bacelor Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian pada hari ini  bertempat di Bilik Sidang Jurutera, Aras 1, Fakulti Kejuruteraan. Mesyuarat telah dihadiri oleh tujuh orang penasihat industri iaitu Ir. Dr. Murad zainal Abidin dari Pusat Kecemerlangan dan Teknologi JKR (CREaTE) Encik Khairul Azli Khalid dari Vestigo Petroleum Sdn Bhd, Encik Azman Samhan Daud dari Jalur Cahaya Sdn Bhd, Encik Izhar Hadafi dari Yeo Hiap Seng (Malaysia), Encik Khairul Syazwali Taib dari Hitachi Sunway Information Systems Sdn. Bhd., Encik Khusairi Subki Kamarudin dari Petronas Gas Berhad dan Ir. Mohamad Farid Hj Mustfa dari Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) selain ahli jabatan.

 

Mesyuarat Bersama Panel Penasihat lndustri membincangkan secara khusus dalam urusan penggubalan dan penambahbaikan kurikulum sistem pengajaran dan pembelajaran program peringkat bacelor di samping lain-lain bidang yang telah dikenalpasti untuk memenuhi keperluan Akreditasi Kejuruteraan. Selain itu, melalui mesyuarat ini, ia menggalakkan interaksi, kerjasama, jaringan atau hubungan strategi yang berterusan diantara Fakulti dengan pihak industri. 

 

Mesyuarat dimulakan dengan perbincangan kurikulum bersama-sama ketua jabatan, penyelaras dan pegawai akademik di jabatan, Seterusnya, lawatan ke Thinker Space 2.0 sebelum ke lima buah makmal iaitu Makmal Sistem kawalan dan Instrumentasi, Makmal Dinamik & Getaran, Makmal Teknologi Pembuatan dan Pengautomatan, Makmal Mekanik Bendalir dan Makmal Termodinamik, dan diakhiri dengan Makmal Kejuruteraan Sistem Terbenam, UPM-NI. Mesyuarat diakhiri dengan perbincangan selepas lawatan ke makmal.

 

    

Melalui mesyuarat ini, pihak jabatan dapat mencapai objektifnya melalui perbincangan dalam mengemaskini kurikulum sistem pengajaran dan pembelajaran program peringkat bachelor agar selaras dengan keperluan industri dan dapat melahirkan jurutera yang berkualiti dan menepati piawaian industri.

 

Tarikh Input: 17/01/2023 | Kemaskini: 19/01/2023 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397696262
0397694488
BWCGHAp:07:51