Prof. Dr. Luqman Terima Anugerah Rising Stars Malaysia Oleh Thomson Reuters | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Prof. Dr. Luqman terima Anugerah Rising Stars Malaysia oleh Thomson Reuters

Prof. Dr. Luqman terima Anugerah Rising Stars Malaysia oleh Thomson Reuters


Anugerah Rising Stars Malaysia oleh Thomson Reuters: Top 1% di Dunia

Malam semalaman merupakan malam yang bersejarah. 14 ahli akademik Malaysia telah dikurniakan dengan anugerah Thomson Reuters "Rising Stars Malaysia". 14 ahli Akademik telah diiktiraf kerana muncul sebagai penyelidik "top 1%" di dunia kerana kertas penerbitan mereka paling tinggi dirujuk dalam bidang penyelidikan masing-masing.

Data yang telah diperolehi daripada pangkalan data Web of Science (WoS) dan Essential Science Indicators (ESI) antara tahun 2005 dan 2014 telah dianalisis oleh Thomson Reuters. Lebih menggalakkan lagi, analisis menunjukkan bahawa para penyelidik Malaysia merupakan peneraju dalam 6 daripada 21 bidang penyelidikan dengan lebih separuh daripada kerja-kerja yang berimpak tinggi dalam bidang 'Tenaga & Bahan Api' dan Kejuruteraan.

Saya amat berbangga dengan pencapaian penyelidik universiti Malaysia dan berbesar hati dengan kerja keras mereka. Mereka telah menunjukkan bahawa mereka mampu untuk bersaing dengan ahli-ahli sains yang terbaik di dunia. Lebih penting lagi, saya berharap pengiktirafan ini mendorong penyelidikan yang lebih berkesan - ini adalah satu proses yang berterusan. Saya juga berharap agar keputusan yang bermakna dapat dicapai untuk faedah semua rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

Akhir sekali, saya percaya bahawa penyelidik ini akan dapat memberi inspirasi kepada anak-anak kita satu hari untuk mengikuti jejak langkah mereka. Berdasarkan ini, saya benar-benar percaya bahawa sistem pendidikan tinggi negara akan terus meningkat, atau dalam erti kata lain, #SoaringUpwards.

* Dipetik daripada Facebook YAB Dato Seri Idris Jusoh Menteri pengajian Tinggi Malaysia.

Pihak Fakulti merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Dr. Luqman Chuah Abdullah daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar kerana telah menerima anugerah sebagai Malaysia’s Rising Star Award.

Sila klik pautan berikut untuk berita selanjutnya :
http://www.mohe.gov.my/portal/hebahan 
http://www.thestar.com.my/News/Education/2015/09/06/Nations-Rising-Star-researchers/


Tarikh Input: | Kemaskini: | farahidayu

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdOA4~