Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit Dianugerahkan Top Research Scientists Malaysia 2019 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit dianugerahkan Top Research Scientists Malaysia 2019

Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit dianugerahkan Top Research Scientists Malaysia 2019






























Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit bersama sijil dan pingat Top Research Scientists Malaysia 2019





























Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit (keempat dari kiri, atas) bersama pemenang Top Research Scientists Malaysia 2019

UPM, 4 Disember 2019 - Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit, Professor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, UPM telah dianugerahkan dengan Top Research Scientists Malaysia 2019 dalam bidang Bahan Komposit dan Kejuruteraan Setemu.

Majlis anjuran Akademi Sains Malaysia telah mengikhtiraf Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit atas pencapaian yang membanggakan dalam penyelidikan dan pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau telah menubuhkan Advanced Materials Research Centre di Institute of Advanced Technology (ITMA) UPM pada tahun 1999. Sehingga kini beliau telah menerbitkan lebih dari 1,300 penerbitan jurnal, buku dan prosiding konferens. Selain itu beliau dianugerahkan dengan Rotary Research Gold Medal Award 2012 dan Khwarizmi International Award.



Pingat dan sijil yang dimenangi oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit.

Fakulti Kejuruteraan mengucapkan sekalung tahniah atas kejayaan demi kejayaan pada 2019 yang dirangkul oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit. Sesungguhnya beliau merupakan inspirasi kejayaan yang membanggakan warga Fakulti Kejuruteraan dan Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 13/12/2019 | Kemaskini: 13/12/2019 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEZOAS~