Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit penerima MRSA (Malaysia’s Research Star Award) 2018
Pada 25 October 2018, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi telah menganjurkan Majlis MRSA(Malaysia’s Research Star Award)dan pengikhtirafan Jurnal CREAM (Current Research in Malaysia) 2018 kali ke empat. Sempena dengan majlis tersebut, Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit telah dipilih oleh pihak Elsevier dan Clarivate Analytics sebagai penerima anugerah dalam kategori Prominent Topics in Research Natural Fibers, Composite Materials and Mechanical Properties. Majlis ini telah diadakan pada hari ini, 2:30 petang bertempat di Gateway Ballroom, Sama-Sama Hotel, Kl international Airport, Sepang.
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia mengucapkan syabas dan berbangga untuk pencapaian berterusan sepanjang 2018 daripada Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit.
Tarikh Input: 25/10/2018 | Kemaskini: 26/10/2018 | no.j
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
(Pelajar Bacelor)
03-9769 6275/6272
(Pelajar Master/PhD)
03-9769 4430/6266