Profesor Mohd Sapuan Memenangi Anugerah 2024 TWAS Award Dari World Academy Of Sciences | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Profesor Mohd Sapuan memenangi anugerah 2024 TWAS Award dari World Academy of Sciences

Profesor Mohd Sapuan memenangi anugerah 2024 TWAS Award dari World Academy of Sciences

Profesor Mohd Sapuan Salit telah dipilih oleh TWAS Awards Committee semasa General Conference TWAS ke-16 di China sebagai penerima anugerah 2024 TWAS Award dalam kategori Sains Kejuruteraan dari the World Academy of Sciences agensi di bawah UNESCO yang berpangkalan di Trieste, Itali pada bulan November 2022. Anugerah berprestij ini mencerminkan dengan tepat sumbangan cemerlang beliau ke atas sifat, reka betuk konsep dan pemilihan bahan komposit gentian semula jadi tropika berasaskan kajian eksperimen dan reka bentuk secara mendalam. Beliau akan menerima TWAS Award yang membawa anugerah wang tunai sebanyak USD 10,000. Beliau juga akan menyampaikan syarahan berkaitan penyelidikan beliau semasa General Conference akan dating yang akan diadakan secara tentarif pada tahun 2024, di mana akan juga menerima sebuah plak.

TWAS Awards dianugerahkan dalam Sembilan bidang: Sains Pertanian, Biologi, Kimia, Bumi, Astronomi dan Sains Angkasa, Sains Kejuruteraan, Matematik, Sains Perubatan, Fizik, dan Sains Sosial. Terdapat seramai 13 orang pemenang anugerah: seorang dari Brazil, empat orang dari China dan tiga orang dari Taiwan, China; seorang dari India; seorang dari Kenya; seorang dari Malaysia; seorang dari Turki dan seorang dari Afrika Selatan. Pemenang anugerah termasuk empat orang wanita.

Tarikh Input: 19/12/2022 | Kemaskini: 19/12/2022 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDcTAt~