PROGRAM PENILAIAN KENDIRI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA BERSEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) UPM 2022. | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » PROGRAM PENILAIAN KENDIRI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA BERSEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) UPM 2022.

PROGRAM PENILAIAN KENDIRI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA BERSEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) UPM 2022.

SERDANG, 9 September 2022 - Fakulti Kejuruteraan telah mengadakan Program Penilaian Kendiri Amalan Persekitaran Berkualiti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan melibatkan tiga (3) orang Panel Penilai yang dilantik oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM. Panel Penilai tersebut adalah Puan Aziah Haji Noh dari Pejabat Bursar, Cik Siti Aisyah Arifen dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar serta Encik Saiful Anuar Abdul Rahman dari Fakulti Pertanian.

Program Penilaian Kendiri itu dimulakan dengan Taklimat Pelaksanaan EKSA di Fakulti Kejuruteraan oleh Puan Lailawati Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA Fakulti Kejuruteraan pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan Sesi Audit EKSA pada jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang ke beberapa lokasi di Fakulti Kejuruteraan.

Tujuan Program Penilaian Kendiri itu adalah untuk saringan ke peringkat akhir bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2022. Sebanyak tujuh (7) PTJ mengikut kategori yang layak ke peringkat akhir akan dinilai sekali lagi oleh panel penilai terlatih yang dilantik oleh pihak CQA pada akhir September atau awal bulan Oktober 2022.

Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Panel Penilai, pihak Pengurusan Fakulti, AJK Pelaksana EKSA Fakulti dan warga Fakulti atas komitmen padu, jasa bakti dan sumbangan yang tiada tandingan. Semoga amalan pembudayaan EKSA di Fakulti Kejuruteraan berterusan dan bukan berfokuskan penilaian serta kemenangan semata-mata.





















Tarikh Input: 26/09/2022 | Kemaskini: 27/09/2022 | ahmadadib

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXESVA4~