Pusat Penyelidikan Solar Fotovoltan Berkapasiti 50MW | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Pusat Penyelidikan Solar Fotovoltan berkapasiti 50MW

Pusat Penyelidikan Solar Fotovoltan berkapasiti 50MW

KUANTAN, 16 Ogos - Program Master Kejuruteraan Alam Sekitar (MEE) dan Master Pengurusan Teknologi Alam Sekitar (METM) telah menganjurkan satu lawatan industri ke Kuantan, Pahang pada 15-16 Ogos 2019. Turut dijemput menyertai lawatan ini adalah pelajar dari program Master Keselamatan Proses dan Pencegahan Kehilangan (MPSLP). Seramai 15 orang pelajar, 8 orang pensyarah dan seorang penolong jurutera telah turut serta dalam lawatan. Pelajar dan staf dibawa melawat Pusat Penyelidikan Solar UiTM di Gambang yang menempatkan loji solar fotovoltan berkapasiti 50MW dan kilang memproses nadir bumi Lynas Advanced Material Plant di Gebeng. Pelajar juga diberi peluang mencanting batik di Natural Batik Village, Balok dan dibawa melawat ke tapak penetasan telur penyu, Rimbun Dahan Turtle Hatchery di Pantai Chendor seterusnya berpeluang melepaskan anak penyu agar ke laut.

Tarikh Input: 19/08/2019 | Kemaskini: 19/08/2019 | amirahsyahira

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXERDAN~