SERDANG, 4 April - Pertandingan Reka Bentuk Kereta Formula telah dianjurkan oleh kelab pelajar di bawah Fakulti Kejuruteraan iaitu Putra Motorsport Team dengan kerjasama Mechanical & Manufacturing Engineering Club (M2EC) Universiti Putra Malaysia. Program ini berlangsung selama 3 bulan iaitu bermula 8 Januari sehingga 27 Mac 2022 melibatkan sebanyak 19 kumpulan pelajar tahun dua sehinggan tahun akhir dari Fakulti Kejuruteraan yang mendaftar. Objektif utama program ini adalah untuk mengasah bakat pelajar kejuruteraan terutamanya dalam bidang reka bentuk mekanikal.
Pertandingan ini melibatkan beberapa peringkat bermula dari sesi taklimat, laporan konsep reka bentuk, laporan reka bentuk, laporan simulasi dan pembentangan akhir. Sepanjang program ini, semua kumpulan yang menyertai perlulah mengaplikasikan penggunaan perisian seperti AutoCAD, Catia, Solidworks, Ansys dan sebagainya. Setiap laporan yang dihantar oleh para pelajar akan disemak dan dinilai oleh juri jemputan yang bertauliah dari pelbagai organisasi seperti Malaysian Institute of Road and Safety (MIROS), Perodua dan juga bekas Pelumba Professional Kereta Lumba.
Rajah 1. Sesi pembentangan para finalis mengikut kumpulan
Bagi peringkat pembentangan akhir projek, sebanyak 5 kumpulan finalis yang berjaya merangkul hadiah bagi keseluruhan pertandingan. Kumpulan pelajar tersebut terdiri daripada kumpulan MARK 48 yang memenangi tempat pertama, kumpulan Faivf bagi tempat kedua dan kumpulan Auto Rift Rancak untuk tempat ketiga. Manakala, bagi anugerah saguhati pula dimenangi oleh kumpulan Jago Mechy dan juga ANIS. Pemenang pertandingan ini dinilai berdasarkan markah laporan kesuluruhan yang tertinggi serta reka bentuk yang paling kreatif dan memenuhi kriteria seperti dimensi, bentuk dan ciri simulasi yang ditetapkan para pengajur. Juara pertandingan ini akan membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM 1000, manakala RM 700 bagi tempat kedua dan RM 400 bagi tempat ketiga. Bagi pemenang anugerah saguhati pula, kumpulan ini akan membawa pulang tunai sebanyak RM 200 setiap kumpulan berserta plak cenderamata.
Rajah 2. Reka bentuk kereta Formula kumpulan MARK 48 yang berjaya meraih tempat pertama
Sesi pembentangan akhir ini diadakan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet dan juga turut dihadiri para juri jemputan. Sesi pembentangan akhir ini juga disiarkan secara secara langsung di laman Youtube melalui saluran PMT UPM kepada para penonton. Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan agar semua pelajar yang terlibat mendapat manfaat dan input terutamnya dalam bidang automotif dan mekanikal. - UPM
Tarikh Input: 06/04/2022 | Kemaskini: 06/04/2022 | no.j
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430