Sidang Akhbar “10th Meeting Of The ERASMUS+ Project SKYBELT” | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Sidang Akhbar “10th Meeting of the ERASMUS+ Project SKYBELT”

Sidang Akhbar “10th Meeting of the ERASMUS+ Project SKYBELT”

SERDANG 6 Januari 2023 – Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat ke-10 Projek Erasmus+ SKYBELT dari 4hb – 5hb Januari 2023. SKYBELT ialah projek Erasmus+ Capacity Building in Higher Education (CBHE), dibiayai oleh Kesatuan Eropah, bertajuk “Enhancement of engineering skills of students of all levels for application of evidence based sustainable renewable energy solutions in the built environment/SKYBELT”.

Konsortium ini terdiri daripada universiti dari Eropah dan Asia yang diketuai oleh Università Telematica eCampus, Itali, dan disertai oleh University of Northumbria, UK, University of Cukurova, Turkey, Beijing University of Technology, China, Lanzhou Jiatong University, China, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Naresuan University, Thailand dan Chiang Mai University, Thailand. Projek ini menumpukan kepada tiga tunggak; peningkatan modul di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana dan peningkatan pembangunan kemahiran pelajar PhD, pengenalan dan perkongsian amalan terbaik di peringkat EU dengan kakitangan akademik, teknikal dan pentadbiran universiti yang terlibat dan kerjasama dengan pihak berkepentingan daripada industri.

Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Ir. Dr Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Madya, Ir. Ts. Dr Mohd. Khair Hassan. Mesyuarat tersebut diketuai oleh Dr Ermira Junita Abdullah, penyelaras SKYBELT UPM, di mana ahli-ahli konsortium telah mengadakan perbincangan mengenai kemajuan projek tersebut. Ahli konsortium  juga melawat makmal di Fakulti Kejuruteraan dan diperkenalkan dengan peralatan Sistem Tenaga Boleh Diperbaharui yang dibiayai oleh geran Erasmus+ CBHE, yang digunakan dalam pengajaran kursus prasiswazah

Seminar industri dan akademik turut diadakan bersempena dengan Mesyuarat SKYBELT kali ke-10 di mana Timbalan Naib Canselor (Perhubungan Industri dan Masyarakat), Profesor. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin, memberi ucapan perasmian mengalu-alukan ahli konsortium, tetamu industri dan peserta. Seminar itu menampilkan Ir. Mohd Yusrizal Bin Mohd Yusof, Pengarah Urusan TNB Renewable dan Profesor Ir. Dr Mohd Zainal Abidin Bin Abdul Kadir dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Sebagai sebahagian daripada pertukaran sosial dan budaya antara negara rakan kongsi, ahli juga diperkenalkan dengan budaya tempatan dengan lawatan ke Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia serta lawatan ke Putrajaya.

Di akhir mesyuarat, ahli-ahli konsortium mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Fakulti Kejuruteraan atas kejayaan mesyuarat SKYBELT kali ke-10 di UPM. Konsortium itu menyatakan harapan untuk meneruskan kerjasama kukuh dalam pengajaran dan penyelidikan mengenai topik yang berkaitan dengan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui.

Link untuk gambar acara | https://photos.app.goo.gl/1wipS7iMqveneWsW8 







Tarikh Input: 10/01/2023 | Kemaskini: 10/01/2023 | ahmadadib

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdDAO~