SUSTAINABLE SKILLS CAREER DEVELOPMENT (SSCD) WEEK 2022 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » SUSTAINABLE SKILLS CAREER DEVELOPMENT (SSCD) WEEK 2022

SUSTAINABLE SKILLS CAREER DEVELOPMENT (SSCD) WEEK 2022

Serdang, 17 – 20 Mei 2022 Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program 2022 Sustainable Skills Career Development (SSCD) Week.

Program ini merupakan program minggu kerjaya yang julung kali diadakan yang bertujuan untuk membentuk barisan mahasiswa dan graduan yang berkepimpinan dalam pengurusan projek yang lestari, berpotensi membina kerjaya dalam pembangunan pengurusan lestari, serta diberi pendedahan tentang peluang untuk mendapatkan pengiktirafan di atas sumbangan dalam arena pengurusan lestari.

Sepanjang program ini berjalan, career fair booth, career talk dan sesi temuduga (fizikal dan atas talian) dari jemputan industri adalah di antara pengisian program. Sebanyak 13 syarikat dari pelbagai bidang kejuruteraan telah terlibat sepanjang program ini. Ini memberi peluang kepada pelajar dan industri bertemu di antara satu sama lain, menjalin hubungan profesional, dan membincangkan peluang pekerjaan dan latihan industri. ceramah kebolehpasaran graduan turut diadakan bagi memberi pendedahan berkenaan temuduga, penulisan CV & resume dan profesionalisma.

Tahniah dan terima kasih di atas penglibatan semua industri dan pelajar di sepanjang program ini.



Tarikh Input: 07/06/2022 | Kemaskini: 07/06/2022 | ahmadadib

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDcUAE~