Terharu Menang Dua Anugerah MGAP | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Terharu menang dua anugerah MGAP

Terharu menang dua anugerah MGAP

SERDANG, 30 Mei - Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor Ir Dr Mohd Sapuan Salit  tidak menyangka memenangi dua anugerah pada Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) 2016 baru-baru ini. 

Beliau memenangi Anugearh Fellowship Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) kategori Penyelidik Cemerlang, dan kategori Penerbitan Makalah Jurnal.

Katanya, beliau bersyukur dan terharu dengan anugerah yang diterima itu, lebih-lebih lagi kali terakhir beliau menerima anugerah seumpama itu ialah bagi tahun 2008.

Menurutnya, beliau pernah memenangi anugerah serupa sebanyak lima kali sebelum ini iaitu Anugerah Penyelidik Cemerlang 2005, Anugerah Penyelidik Cemerlang 2007, Anugerah Fellowship Naib Canselor 2008, dan Anugerah Penyelidik Cemerlang (Anugerah Khas Antarabangsa) serta Anugerah Penyelidik Cemerlang 2008 (Anugerah Insentif Penerbitan).

“Saya bersyukur dapat terus menyumbang untuk UPM. Terima kasih kepada UPM atas anugerah yang diberi,” katanya.

Katanya, beliau menjalankan penyelidikan dalam bidang reka bentuk dan bahan komposit sejak 1993 dalam pelbagai aplikasi industri termasuk automotif, marin, perabot dan pertanian.      

Jurnalnya itu pula bertajuk ‘Carbohhydrate Polymers’ mengenai pembangunan dan pencirian filem dwi-lapis mesra alam daripada kanji pokok enau dan asid polilaktik.  - UPM   

Tarikh Input: 31/05/2017 | Kemaskini: 02/06/2017 | syifarida

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXETPAQ~