Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih Buat YBhg. Profesor Ir. Ts. Dr. Nor Kamariah Noordin | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih buat YBhg. Profesor Ir. Ts. Dr. Nor Kamariah Noordin

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih buat YBhg. Profesor Ir. Ts. Dr. Nor Kamariah Noordin

setinggi penghargaan dekan copy.jpg

Ahli Pengurusan dan seluruh Warga Fakulti Kejuruteraan (FK) merakam kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada kepada YBhg.Profesor Ir. Ts. Dr. Nor Kamariah Noordin di atas tunjuk ajar, kerjasama, khidmat bakti, sokongan  dan segala bentuk sumbangan sepanjang dalam tempoh perkhidmatan sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan mulai 15 Julai 2018 hingga 14 Julai 2021.

Semoga segala sumbangan jasa, sifat peribadi, dedikasi, kepakaran, pengalaman dan  komitmen cemerlang YBhg Prof menjadi inspirasi yang wajar diteladani oleh seluruh warga FK, seterusnya mendapat keberkatan dan kerahmatanNya yang berpanjangan. Semoga sudi menyumbang bakti selepas ini atas kepakaran dan pengalaman bernilai yang ada.

Kami mendoakan kesejahteraan, kesihatan yang baik serta semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan YBhg. Prof. di masa hadapan.
 
Jauh fizikal sebab Covid 9 belas
Nak jumpa dekat masih berbelah bahagi
Walaupun jasa lepas tidak terbalas
Semoga sudi memberi tunjuk ajar lagi

Sumbangan Dekan menjadi ingatan
Gurau dan tekanan semua kenangan
Segala kekhilafan harap dimaafkan
Semoga silaturahim kita berpanjangan


Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi YBhg. Prof. menjadi kenangan

Tarikh Input: 30/07/2021 | Kemaskini: 30/07/2021 | khairulazman

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEUBAM~