Universiti Dari China Dan Turki Lawat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Universiti dari China dan Turki Lawat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

Universiti dari China dan Turki Lawat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

                                      Prof. Madya Dr. Nurismarubie (kiri) dan Dr Deleafolabi (kanan) bersama pelawat dari Hangzhou Dianzi University di Makmal Kekuatan Bahan

 
Dr Azizan dan Encik Tajul Ariffin menyambut tetamu dari Hangzhou Dianzi University di Makmal Teknologi Pembuatan dan Pengautomatan.

 
Prof. Madya Dr. Azmah Hanim (2 dari kanan) sedang berbincang dengan pelawat dari Turki di Makmal Kekuatan Bahan


   
Pelawat dari Turki begitu berminat dengan produk dari Unit 3D printer, Makmal Teknologi Pembuatan dan Pengautoman

Serdang, 23 Ogos 2019- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan telah menerima kunjungan dari Hangzhou Dianzi University dari China pada 22 Ogos 2019 yang terdiri daripada 2 pensyarah dari university tersebut. Jabatan seterusnya menerima tetamu iaitu Prof Ihsan Efeoglu dari Atartuk University dan ditemani oleh 3 pensyarah dari universiti di Turki pada 23 Ogos 2019. Sedikit pembentangan mengenai penyelidikan beliau dlm bidang coating telah disampaikan jam 10 pagi di bilik mesyuarat aras 6.

Pelawat telah di bawa ke Makmal Kekuatan Bahan untuk melihat sendiri rangkaian mesin INSTRON dan alat ujian lain yang bagi menguji bahan yang ditempatkan di situ. Pelawat seterusnya di bawa melawat Makmal Teknologi Pembuatan dan Pengautomatan bagi melihat mesin CNC dan unit 3D printer.

Pelawat dari China kelihatan berminat dengan cara pengendalian kuliah di Fakulti dan pelawat dari Turki lebih fokus kepada aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan.

Sesungguhnya jabatan amat menghargai kunjungan kedua dua buah universiti dan berharap adanya kerjasama yang dapat memberi faedah kepada kedua dua institusi.

Tarikh Input: 26/08/2019 | Kemaskini: 26/08/2019 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEaHAy~