KEJURUTERAAN SISA PERTANIAN | FAKULTI KEJURUTERAAN
» KEJURUTERAAN SISA PERTANIAN

KEJURUTERAAN SISA PERTANIAN

Bidang pengajian ini akan memperkayakan kebolehan penyelidikan pelajar menerusi aplikasi pengetahuan saintifik dan teknologi kejuruteraan mereka dalam bidang berkaitan pengurusan berkesan sisa pertanian. Fokus utama penyelidikan menekankan ilmu kejuruteraan dalam meminimakan kesan sisa pertanian ke atas persekitaran dan mempergunakan sisa pertanian sebagai produk sampingan, bahan asas bagi penghasilan produk baru atau sebagai sumber bio bagi penghasilan tenaga. Tujuan utama adalah untuk mencapai kitar semula dan guna semula sisa pertanian setempat secara bersepadu contohnya untuk perlindungan persekitaran, pembangunan tenaga, penghasilan baja dan penjimatan air. Adalah diharapkan hasil dari kajian ini akan membawa faedah dari segi ekonomi, sosial dan penghasilan teknologi dan sistem mesra alam. Bidang kajian ini juga merangkumi rawatan air buangan dan pelupusan, kawalan pencemaran air, teknologi kitarsemula air, kualiti air, kawalan kualiti udara dan pengurusan sisa pepejal.


Senarai Pakar


Prof. Ir. Dr. Hasfalina Che Man
Prof. Dr. Rosnah Shamsudin
Prof. Madya Dr. Azhari Samsu Baharuddin
Prof. Madya Dr. Mohd Nazli Naim
Dr. Muhammad Heikal Ismail
Dr. Mohd Nazren Radzuan 
Dr. Muhammad Hazwan Hamzah
Dr. Nur Syakina Jamali 
Prof. Ir. Dr. Wan Azlina Wan Abdul Karim Ghani  
Prof. Madya Dr. Salmiaton Ali  
Prof. Madya Dr. Rozita Omar  
Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh  
Ts. Dr. Mohd Salahuddin Mohd Basri  
Dr. Norulhuda Mohamed Ramli  
Dr. Mohamad Faiz Mukhtar Gunam Resul  

Kemaskini:: 27/12/2022 []

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDcVAG~