Pengenalan | FAKULTI KEJURUTERAAN
» JABATAN » Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik » Pengenalan

Pengenalan

Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pencapaiannya terus berkembang sehingga kini. 

Program yang ditawarkan diperingkat bacelor telah mendapat akreditasi Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC), Malaysia. Program Bacelor yang ditawarkan menyediakan pelajar untuk bekerja dalam semua bidang utama Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik termasuk Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Kawalan dan Kejuruteraan Mikroelektronik. 

Jabatan juga menawarkan program Master dan PhD (dengan tesis) dalam perbagai bidang kajian. Program penyelidikan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik sedang berkembang dengan pesat di mana projek penyelidikan dibiayai oleh pelbagai agensi awam dan swasta. Terkini jabatan mempunyai lebih 100 pelajar siswazah dari pelbagai negara yang sedang menuntut di dalam pengajian MSc dan PhD. Banyak hasil penyelidikan yang telah dipatenkan dan mendapat anugerah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Diharapkan laman web ini akan memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai jabatan ini dan maklumat-maklumat yang diperlukan. Namun begitu, jika ada sebarang pertanyaan, ia boleh terus diajukan dengan menghubungi terus kepada kami.

Sekian, terima kasih.


Prof. Madya Ir. Dr. Norhafiz Azis
Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

 

Matlamat Program (PEO) Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Hasil Pembelajaran Program (PO) Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

 

Kemaskini:: 04/03/2024 [puteriamirah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdEAw~