|   | Department of ELECTRICAL AND ELECTRONIC Engineering
Syllabus Details
|
(Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia. Fax: 603-9488939. Tel:603-9486101(10))
The following syllabus details are an indication of the content of each course, but the order and emphasis will not necessarily
be the same in the lectures given.
KEE4403 Elektronik Kawalan Industri (Industrial Control Electronics)
KREDIT: 3(3+0)
PRASYARAT: KEE3106 Sistem Analog)
PENGAJAR: Ishak Aris
OBJEKTIF: Diakhir kursus pelajar-pelajar akan memahami kaedah kawalan
industri dengan menggunakan peranti dan sistem elektronik.
SINOPSIS: Peranti Kawalan Industri dan Transduser. Motor Kegunaan Industri.
Peranti Kawalan-Kuasa Elektrik. Kawalan Motor. Pengawal Analog.
Siatem Gelung-Tertutup. Pengawal Logik Boleh Aturcara. Kesan
Pengagihan Kuasa Keatas Kawalan Elektronik Industri.
(Industrial Control Devices and Transducers. Industrial-Use Motors.
Electrical Power-Control Devices. Control of Motors. Analog
Controllers. Closed-Loop System. Programmabale Logic Controllers.
Power Distribution Effects on Industrial Electronics Control.)
KANDUNGAN:
1. Peranti Kawalan Industri dan Transduser
Jenis suis, Solenoid, Geganti, Pemasa (Timers), Suis separuh pengalir
elektronik kuasa.
2. Motor Kegunaan Industri
Pembinaan motor industri, Pemilihan motor bagi penggunaan industri,
Motor DC (Arus Terus), Motor AC (Arus Ulangalik), Motor Pelangkah
(Stepper), Motor servo DC dan AC.
3. Peranti Kawalan-Kuasa Elektrik
Kekotak, Penyentuh Magnet-Elektrik, Penggunann penyentuh iring (tandem
contactor), Penyentuh DC, Peralatan pengidup motor voltan-rendah,
Peranti gelendong (drum) dan empar (centrifugal), Pengawal motor besar.
4. Kawalan Motor
Kawalan Mengidup, memati, melari asas. Kawalan berganti dan pelpagai
stesen. Kendalian dwiragam: Kitaran dan Laju, Penjujukan (sequencing),
pemasaan (timing), pembrekan palam dan dinamik. Mengidup voltan rendah,
Kawalan elektronik laju berubah motor ac. Kawalan keadaan-pepejal (solid-
state) motor ac. Pemacu kawalan motor dc.
5. Pengawal Analog
Tugas pengawal, Pengawal ON/OFF, Pengawal berkadaran (propotional),
Pengawal berkamilan (integral), Pengawal pembezaan (derivative), Pengawal
berkadaran-berkamilan-pembezaan (PID), Pengawal Logik
6. Sistem Gelung-Tertutup
Kawalan suhu ON/OFF, Kawalan berkadaran suhu, Kawalan pam-takungan ON/OFF,
Kawalan laju-motor berkadaran, Kawalan laju-motor berkadaran dengan
suap balik, Kawalan kelembapan berkadaran.
7. Pengawal Logik Boleh Aturcara
Ciri am dan sistem, Prosedur kendalian, Kawalan gegelung dan sesentuh:
Terus dan logik, Alamat dan daftar, Pemasa dan pembilang, Fungsi diskrete,
Mengguna bit digit: Penjujuk, Kendalian analog, Kawalan gelung dan PID.
8. Kesan Pengagihan Kuasa Keatas Kawalan Elektronik Industri
Perlindungan litar: Fius, pemutus litar, geganti bebanlebihan. Pendawaian,
konduit, penyambung dan perkakasan lain. Sebab voltan rendah: Kehilangan
talian dan faktor kuasa. Kesan kepusuan kuasa (power surges) dan kefanaan,
Sistem pembumian dan perlindungan, Unit kuasa siap-sedia (standby power
unit).
PENILAIAN: Tugasan 20%
Ujian 40%
Peperiksaan Akhir 40%
RUJUKAN:
1. Webb, J., Greshock, K., “Industrial Control Electronics”, Macmillan,
2nd. 1993.
2. Jacob, M., “Industrial Control Electronics”, Prentice Hall Singapore,
1995.
3. Maas, JW., “Industrial Electronics”, Prentice Hall, 1995.
© Hak Cipta Terpelihara.
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Rahman Wagiran / rwagiran@eng.upm.edu.my
Last updated 30th August 1996.