ANUGERAH BUKU NEGARA 2018 | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » ANUGERAH BUKU NEGARA 2018

ANUGERAH BUKU NEGARA 2018

Sukacita dimaklumkan  tiga orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dan Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan UPM telah menerima pengiktirafan daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara apabila terpilih sebagai pemenang Buku Umum Terbaik (Kategori Flora & Fauna) di dalam Majlis Penyampaian Anugerah Buku Negara 2018 yang telah diadakan pada 30 April 2018 di Hotel Seri Pasifik, Kuala Lumpur. Butiran terperinci tentang judul buku tersebut adalah seperti berikut;
 
Judul: Pokok Enau: Potensi dan Pembangunan Produk
ISBN: 978-967-344-747-3
Penulis: Mohd Sapuan Salit, Mohamad Ridzwan Ishak & Zulkiflle Leman
Penerbit: Penerbit UPM
 
 
Buku tersebut telah ditulis hasil daripada penyelidikan yang telah dibuat dan juga kesinambungan daripada projek komuniti UCTC NBOS yang telah dijalankan oleh UPM bagi mendokong visi dan misi UPM dalam memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukaan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.
 
 
Pemenang telah menerima trofi dan sijil yang disampaikan oleh Dato' Hj. Zainuddin Bin Othman, Presiden Persatuan Penerbit & Pengedar Buku Bumiputra Malaysia. 
 

Date of Input: 02/05/2018 | Updated: 02/05/2018 | khairulazman

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDcTA2~