CCSE Student Achieve 'Best Of The Best' Award | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » CCSE Student Achieve 'Best of the Best' Award

CCSE Student Achieve 'Best of the Best' Award

SHENZEN, 13 Julai - Seorang pelajar tahun dua Bacelor Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, Sean Chang Weng Keong telah meraih anugerah 'Best of The Best' di dalam program Huawei Seeds For The Future 2019 yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi ternama tersebut yang berpengkalan di Shenzen, China. 

Anugerah itu telah disampaikan pada majlis penutup bagi keseluruhan program tersebut yang telah berlangsung sejak 28 Jun lalu. Majlis tersebut turut disempurnakan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik.

Anugerah ini merupakan anugerah yang besar kerana ia melibatkan saingan daripada 10 orang pelajar yang terpilih daripada ratusan pelajar seluruh Malaysia untuk mengikuti program itu.

Maszlee sempat mengucapkan syabas dan tahniah serta bergambar bersama wakil pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia pada majlis tersebut. Turut mendapat pujian, Loh Peijin yang juga merupakan pelajar daripada Bacelor yang sama di atas kejayaan beliau mengetuai pasukan pelajar Malaysia sepanjang program tersebut berjalan.

Date of Input: 15/07/2019 | Updated: 15/07/2019 | amirahsyahira

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEUMAT~