Dr. Law Teik Hua Wujud Latihan Ramal Bahaya Jalan Raya | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » Dr. Law Teik Hua wujud latihan ramal bahaya jalan raya

Dr. Law Teik Hua wujud latihan ramal bahaya jalan raya

 

 

Dr. Law Teik Hua wujud latihan ramal bahaya jalan raya

Serdang: Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM) mewujudkan sistem baharu latihan meramal bahaya jalan raya (Hazard Perception Training HPT) yang pertama di negara ini dengan tujuan memberi kesedaran kepada penunggang dan pemandu kenderaan.

Sistem yang beroperasi menguji keupayaan pelatih (pemandu atau penunggang) dengan menggunakan teknologi visual itu memupuk masyarakat supaya dapat mengelak kebarangkalian berlaku kemalangan sehingga 20 peratus.

Timbalan Pengarahnya, Prof Dr Law Teik Hua berkata, beliau dan pasukannya mencipta inovasi itu bukan saja mahu mendedahkan pelatih kepada persekitaran lalu lintas, malah membuat keputusan tepat ketika menjangka bahaya.

“Sebagai contoh, pelatih mahu memotong kereta yang berhenti di tepi jalan, sekiranya pelatih menjangkakan pintu kereta itu akan dibuka, dia akan mengupayakan untuk mengelak lebih jauh supaya tidak berlaku kemalangan.

“Kami bercadang untuk memperkenalkan sistem latihan HPT di peringkat universiti sebelum mengembangkan inovasi ini di sekolah,” katanya selepas melancarkan sistem latihan HPT dalam program Petron’s Road Safety di UPM, semalam.

Menurutnya, sekiranya sistem itu mampu mengurangkan kadar kemalangan di seluruh negara, pihaknya akan merujuk kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk dimasukkan ke dalam kurikulum kelas ujian memandu.

Sumber : HARIAN METRO

Date of Input: | Updated: 06/12/2021 | khairulazman

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdUA6~