Dr. M. Iqbal Menang Anugerah Saintis Muda Negara 2013 | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » Dr. M. Iqbal menang Anugerah Saintis Muda Negara 2013

Dr. M. Iqbal menang Anugerah Saintis Muda Negara 2013

Kuala Lumpur, 15 Nov - Profesor Madya Dr M Iqbal Saripan, 33, daripada Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Saintis Muda Negara 2013 pada Malam Gala Forum Inovasi Dunia-Kuala Lumpur (WIF-KL) 2013 di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) baru-baru ini. Anugerah tersebut disampaikan oleh Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri SAins, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Beliau yang juga merupakan Ketua Jabatan di Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan tampil dengan ciptaannya iaitu alat pengesan awal kanser menggunakan 'Wire Mesh Collimator Gamma Camera' (Nuclear Imaging) yang mampu mengimbas seluruh badan manusia terhadap penyakit tersebut.

Menurutnya, penyakit kanser pada masa kini kian meningkat di peringkat global dan menjadi tanggungjawab para penyelidik terutamanya di Universiti-universiti untuk menggembeling tenaga dari semua aspek supaya penyakit tersebut dapat dikesan diperingkat awal sebelum ia merebak dengan lebih serius.

Beliau juga mengulas tentang pengananjuran WIF-KL 2013 ini yang membuktikan pihak kerajaan menyediakan platform untuk golongan muda menyerlahkan bakat mereka dalam bidang inovasi sekali gus memberi pengiktirafan pereka cipta dan inovasi untuk meneruskan usaha penyelidikan. Selain membawa pulang hadiah wang tunai RM 20 ribu beliau juga menerima sijil dan piala.

Prof. Madya Dr. M Iqbal Saripan dengan piala kemenangannya
Prof. Madya Dr. M Iqbal Saripan dengan piala kemenangannya 

alt

Sementara itu, dalam majlis yang sama Jamaluddin Ismail, 56, dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Butterworth pula muncul pemenang kategori Inovasi Kebangsaan bagi kategori Perkhidmatan berdasar rekaan alat Pelangi Alternative Solution Adaptor 06 (PASA 06) iaitu sejenis 'elbow' yang disambungkan kepada pili paip bomba sewaktu kecemasan untuk memadam kebakaran.

Pemenang Anugerah Pakar Teknologi, Norman Jamlus, 43, daripada Telekom Research & Development Sdn Bhd pula tampil dengan inovasi 'High Isolation Repeater Antennas' untuk Komunikasi Kawasan Luar Bandar Menggunakan CDMA450 yang diilhamkan bagi membantu mengurangkan jurang telekomunikasi di kawasan tersebut dengan kos yang lebih ekonomi.

Anugerah lain yang turut disampaikan ialah anugerah bagi kategori Inovasi Sekolah, Produk, Industri Kecil dan Sederhana (SME) dan anugerah Inovasi Perniagaan.


About Wire Mesh Collimator Gamma Camera:
Wire mesh collimator is a new structure of gamma camera that is able to increase the sensitivity of current gamma camera. During the imaging procedure of a gamma camera, high energy photons from the patient body will emit through wire mesh collimator towards the detector. The special arrangement/structure of the wire mesh collimator provides extra information by allowing more photons within a specific restorable angle to pass through. With more photons detected, the sensitivity will be increased and slight change in the uptake of the normal and cancer cell can easily be detected.

Sila klik pautan di bawah untuk lihat petikan berita Astro Awani

 http://www.astroawani.com/videos/show/wif-kl/teroka-lebih-banyak-idea-ciptaan-19457


Date of Input: | Updated: | khairulazman

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEYEAS~