Izni Mohd Zahidi Muncul Juara Pertandingan 3MT 2013peringkat Fakulti | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » Izni Mohd Zahidi muncul juara Pertandingan 3MT 2013peringkat Fakulti

Izni Mohd Zahidi muncul juara Pertandingan 3MT 2013peringkat Fakulti

Serdang, 30 Okt – Seorang pelajar siswazah daripada Jabatan Kejuruteraan Awam muncul juara dalam pertandingan 3 Minute Thesis Competition (3MT) 2013 yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan baru-baru ini. Pertandingan tersebut adalah terbuka kepada semua pelajar siswazah dan menyaksikan Izni Mohd Zahidi dengan tajuk tesisnya ‘Vegetation Density Estimation for 2d Flood Modelling’ memenangi tempat pertama.

 IMG_2356
Izni Mohd Zahidi, juara Pertandingan 3MT 2013 peringkat Fakulti Kejuruteraan

3MT yang diasaskan dan diadakan pertama kalinya di Australia memberi ilham kepada Universiti di Malaysia untuk membuka peluang kepada para siswazah membentangkan tesis dalam masa yang singkat dan dalam masa yang sama mampu mencabar kemahiran mereka dalam persediaan viva. Secara tidak langsung peserta juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan tindak balas pantas dan tepat serta boleh dipraktikkan semasa sesi temuduga dan situasi lain.

Para juri yang mengadili pertandingan ini adalah terdiri daripada para Pensyarah Kanan di fakulti Kejuruteraan . Sementara itu, Amer Najat Najmaldeen Kakahy daripada Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian di tempat kedua dan seterusnya Ahmad Hamdan Ariffin daripada Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa di tempat ke tiga dengan tajuk tesis masing-masing ‘Design And Development Of A Rotary Slasher (Pulverizer) Blade For A Sweet Potato Harvesting Machine’ dan ‘Bio Composite Vertical Wind Turbine Blade Embedding Smart Structural Health Monitoring (Shm) Sensors’. Ketiga-tiga pemenang ini akan mewakili Fakulti ke 3MT di peringkat Universiti yang dijadualkan pada bulan November hingga Disember yang akan datang.

IMG_2353
Amer Najat Najmaldeen Kakahy, pemenang tempat kedua.

IMG_2351 
Ahmad Hamdan Ariffin, pemenang tempat ketiga 

IMG_2361
Kesemua juri dan peserta 3MT bergambar selepas tamat pertandingan.


Updated:: [khairulazman]

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466262
0386567099
C1508297930