KEMENANGAN PASUKAN PUTRA CANOE UPM DI PERTANDINGAN “MALAYSIAN CONCRETE CANOE COMPETITION 2017” (MCCC 2017) | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » KEMENANGAN PASUKAN PUTRA CANOE UPM DI PERTANDINGAN “MALAYSIAN CONCRETE CANOE COMPETITION 2017” (MCCC 2017)

KEMENANGAN PASUKAN PUTRA CANOE UPM DI PERTANDINGAN “MALAYSIAN CONCRETE CANOE COMPETITION 2017” (MCCC 2017)

Sekalung Tahniah kepada Pasukan PUTRA CANOE yang terdiri daripada Pelajar Tahun Akhir, Bacelor Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Awam,UPM yang telah memenangi “Best Sportive Award” (Plak Penghargaan) dan mendapat tempat ke-5 bagi keseluruhan (Plak Penghargaan dan Cek bernilai RM1000) dalam pertandingan Malaysian Concrete Canoe Competition 2017 (MCCC 2017) .

Pertandingan telah berlangsung pada 25 hingga 26 November 2017 bertempat di Tasik Varsiti ,Universiti Malaya. Dianjurkan oleh American Concrete Institute (ACI) - Malaysia Chapter.


Pasukan ini telah diketuai oleh Muhammad Khairul Faiz Mohd Shafri dan disertai 9 orang pelajar lain. Di harap penyertaan mereka buat kali ini dapat memperolehi pengalaman dari segi kemahiran, teknikal dan kepimpinan terutamanya dalam melibatkan konsep rekabentuk campuran konkrit dan pengurusan projek. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah memaparkan semangat juang yang tinggi untuk bersaing dengan pasukan kanu dari universiti awam dan swasta yang lain.


Untuk makluman, pasukan ini telah mendapat tunjuk ajar dan seliaan daripada tiga Pegawai Akademik, Jabatan Kejuruteraan Awam iaitu Dr. Noor Azline Mohd Nasir, Dr. Noor Azizi Safiee dan Dr.Nabilah Abu Bakar. Turut membantu dan memantau proses penyediaan dan pembuatan kanu adalah semua Penolong Jurutera, Jabatan Kejuruteraan Awam. Komitmen dan kerjasama Penyelaras HEPA KAW, Dr.Fauzan Mohd Jakarni juga turut memberi sumbangan yang signifikan kepada kejayaan ini. 


Tahniah SEKALI LAGI buat semua peserta/pelajar yang terlibat dengan “PUTRA CANOE” 2017:

1. Muhammad Khairul Faiz Mohd Shafri
2. Siti Syafatin Najihah Mohd Talib
3. Nor Izreen Zulkifli
4. Muhammad Shazwan Mazlan
5. Ahmad Faiq Mohd Yuhaizad
6. Wong Hui Kah
7. Nur Aqilah Abd Rashid 
8. Lim Fu Hwi
9. Abang Nazrim Abang Shamsuddin
10. Nur Syahirah Mohd Jemain

Updated:: 30/11/2017 [khairulazman]

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466262
0386567099
C1513255822