PASUKAN PELAJAR TAHUN DUA FAKULTI KEJURUTERAAN PUTRA RANGERS RAIH TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN CONCRETE BOWLING 2019 | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » PASUKAN PELAJAR TAHUN DUA FAKULTI KEJURUTERAAN PUTRA RANGERS RAIH TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN CONCRETE BOWLING 2019

PASUKAN PELAJAR TAHUN DUA FAKULTI KEJURUTERAAN PUTRA RANGERS RAIH TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN CONCRETE BOWLING 2019

PASUKAN PELAJAR TAHUN DUA FAKULTI KEJURUTERAAN PUTRA RANGERS RAIH TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN CONCRETE BOWLING 2019

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Kumpulan pelajar tahun dua Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi tempat kedua dan ‘Best Bowling Score Award’  dalam Pertandingan University of Malaya Civil Engineering Competition 2019: Concrete Bowling (UMCEC).

Pertandingan ini merupakan platform terbaik bagi pelajar mengaplikasi konsep guna-semula bahan buangan bagi menghasilkan konkrit ringan seterusnya digunapakai dalam penghasilan bola bowling.

Putra Rangers telah berjaya bersaing dengan 17 pasukan dari beberapa universiti awam dan swasta pada pertandingan yang telah berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kejayaan ini membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1000.00, sijil berserta hamper.

Pasukan yang dikenali dengan nama Putra Rangers pelajar tahun dua itu terdiri daripada Nor Azraei bin Nor Kadim (Ketua Pasukan), Muhammad Syafiq bin Misnawi, Mohd Fazli bin Abd Rashid, Mohamad Razeen Iqbal bin Roslan dan Muhammad Haziq bin Azhar.

Info lanjut layari https://web.facebook.com/admin.civil.eng.upm/

 

 

Date of Input: 10/05/2019 | Updated: 10/05/2019 | amirahsyahira

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
C1563368854