Pemenang Pingat Perak : Advanced Innovation And Enginnering Exhibition (AiNEX) 2017 | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » PEMENANG PINGAT PERAK : ADVANCED INNOVATION AND ENGINNERING EXHIBITION (AINEX) 2017

Pemenang Pingat Perak : Advanced Innovation and Enginnering Exhibition (AiNEX) 2017

Pemenang Pingat Perak : Advanced Innovation and Enginnering Exhibition (AiNEX) 2017

Pelajar Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem (UPM) telah memenangi Pingat Perak dalam Advanced Innovation and Enginnering Exhibition (AiNEX) 2017 yang telah diadakan pada 3 Mei 2017 bertempat di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang, Gambang.

AiNEX 2017 merupakan pertandingan pameran hasil projek pelajar daripada pelbagai kategori seperti kategori sekolah, kategori kolej dan politeknik serta kategori universiti. Melalui pameran projek yang dilakukan oleh peserta selain dipertandingkan, ianya juga sangat bermanfaat kepada semua peringkat masyarakat yang hadir dalam melihat inovasi yang telah dilakukan oleh para pelajar terutamanya dalam mempertingkatkan tahap keselamatan, kesihatan dan sebagainya dalam pelbagai bidang mengikut kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar. Melalui pertandingan sebegini dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang lebih bagus dan memberi manfaat kepada pengguna selain bersaing secara sihat.

3 orang pelajar Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem yang terlibat adalah :
1. Nor Aziatul Azidah Binti Azhari (178820)
2. Nurul Izzaty Binti Mohammad Daud (180741)
3. Muhammad Redzza Bin Dzulkepli (181167)

Updated:: 16/05/2017 [khairulazman]

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466262
0386567099
C1498515457