Tujuh IPT Bergabung Tubuh MyGeopolimer | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » TUJUH IPT BERGABUNG TUBUH MYGEOPOLIMER

Tujuh IPT bergabung tubuh MyGeopolimer

Tahniah diucapkan kepada Dr. Norkhairunnisa Mazlan daripada Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa yang dilantik sebagai Timbalan Naib Presiden untuk UPM dalam Persatuan Geopolymer Malaysia (MyGeopolimer). Projek penyelidikan beliau yang terkini ialah Geopolymer coating/composite for aerospace applications.

Sumber berita di bawah diambil daripada Berita Harian, 6 Mac 2014

TUJUH IPT BERGABUNG TUBUH MYGEOPOLIMER

Kuala Lumpur, 6 Mac - Sekumpulan penyelidik daripada tujuh Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia bergabung membentuk rangkaian Persatuan Geopolymer Malaysia (MyGeopolimer) dalam usaha memartabatkan penyelidikan bidang geopolimer di Malaysia. MyGeopolimer menyasarkan tempoh dua tahun bermula tahun ini bagi mempromosi dan menyebarluaskan kan maklumat kepada masyarakat Malaysia dan juga pihak berwajib dalam menjadikan bahan geopolimer sebagai bahan alternatif dalam industri pembinaan.

Menurut salah seorang ahli MyGeopolimer yang merupakan penyelidik terawal bahan ini, Prof. Dr. Muhd Fadhil dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), Australia dan China telah lama menjadikan bahan geopolimer sebagai bahan alternatif industri pembinaan dalam skala yang besar. Selain itu, ujar beliau, Universiti Queensland di Australia juga telah mengoptimumkan penggunaan bahan geopolimer dengan memiliki bangunan sendiri yang menggunakan konkrit geopolimer sepenuhnya selain kewujudan beberapa syarikat bahan pembinaan geopolimer berskala besar di Negara tersebut.

Dalam mesyuarat pertama tersebut, kesemua ahli penyelidik bersetuju melantik Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin sebagai Presiden manakala Prof. Dr Fauziah Ahmad dari Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Timbalan Presiden. Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan UniMAP, Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah yang secara langsung turut dilantik sebagai setiausaha MyGeopolimer.

Selain wakil UTP, USM dan UniMAP, MyGeopolimer turut dianggotai oleh wakil dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Persatuan ini akan berpusat di UniMAP memandangkan universiti tersebut telah mempunyai pusat penyelidikan dalam bidang geopolimer iaitu CEGeoGTech yang juga merupakan pusat penyelidikan geopolimer pertama di rantau Asean. Prof. Fadhil seterusnya berkata, kumpulan penyelidik ini juga bersetuju untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti geopolimer secara bersama dan diantara aktiviti yang dirancang adalah persidangan geopolimer Malaysia-Indonesia, seminar dan bengkel geopolimer, perkongsian maklumat serta penerbitan buku dan jurnal.


dss

 

Sila klik pautan dibawah untuk lihat Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

https://www.facebook.com/KementerianPendidikanMalaysia/photos/a.562550240450309.1073741828.552890381416295/672350992803566/?type=1&theater


Dr.Norkhairunnisa Mazlan


Dr.Norkhairunnisa Mazlan


Updated:: [farahidayu]

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466262
0386567099
C1498515849