Fungsi JKPKPP | FAKULTI KEJURUTERAAN
» PENYELIDIKAN » Penyelenggaraan & Kalibrasi Peralatan Penyelidikan Fakulti Kejuruteraan (JKPKPP) » Fungsi JKPKPP

Fungsi JKPKPP

Jawatankuasa Penyelenggaraan dan Kalibrasi Peralatan Penyelidikan Fakulti Kejuruteraan (JKPKPP) di bawah pengurusan Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi (TDPI), Fakulti Kejuruteraan berperanan dalam memacu aktiviti penyelenggaraan dan penentukuran alat penyelidikan di peringkat Fakulti Kejuruteraan. Skop tugas jawatankuasa adalah seperti berikut:

 

1. Penyelenggaraan

 

1.1  

Merancang permohonan peruntukan kewangan bagi proses penyelenggaraan peralatan penyelidikan di PTJ.

1.2  

Mengenal pasti peralatan penyelidikan di PTJ yang perlu diselenggara atau dibaik pulih.

1.3  

Melengkapkan senarai permohonan peruntukan penyelenggaraan peralatan penyelidikan di PTJ mengikut format yang telah disediakan (Senarai Permohonan Peruntukan Alatan Makmal Penyelidikan).

1.4  

Menyemak senarai permohonan peruntukan penyelenggaraan peralatan penyelidikan di peringkat PTJ untuk memastikan memenuhi kriteria yang ditetapkan dan lengkap.

1.5  

Memantau dan menyediakan laporan pemantauan penggunaan peruntukan penyelenggaraan peralatan penyelidikan di PTJ untuk setiap 3 bulan.

1.6  

Mengadakan mesyuarat/perbincangan selepas setiap proses pemantauan.

1.7  

Melaporkan dalam Mesyuarat Pengurusan PTJ.

 


 
2. Tentukur

 

2.1  

Merancang dan mendapatkan keperluan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi proses tentukuran peralatan makmal di PTJ.

2.2  

Merancang dan menyediakan keperluan latihan penentukuran peralatan kepada pekerja.

2.3  

Mengenal pasti peralatan, kekerapan dan tarikh yang perlu ditentukur dan lengkapkan Senarai Peralatan Tentukur/Verifikasi (SOK/CAL/SU01/SPT).

2.4  

Menjalankan kerja-kerja pemantauan sekurang- kurang 2 kali setahun ke atas peralatan yang ditentukur pada awal dan pertengahan tahun (Buat catatan di bahagian Ulasan Pemantauan, Rujuk: Senarai Peralatan Tentukur/Verifikasi (SOK/CAL/SU01/SPT).

2.5  

Memantau rekod kualiti bagi Fail Penentukuran dan Verifikasi Peralatan supaya sentiasa dikemaskini.

2.6

Mengadakan mesyuarat/perbincangan selepas kerja-kerja pemantauan dan dilaporkan dalam Mesyuarat Pengurusan PTJ untuk pengesahan peralatan ditentukur dan kelulusan peruntukan.

Kemaskini:: 18/10/2022 [norliyana_karim]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdEAQ~