GEOSPATIAL INFORMATION SCIENCE RESEARCH CENTRE (GISRC)
PENGENALAN
Geospatial Information Science Research Center (GISRC) atau Pusat Penyelidikan Sains Maklumat Geospatial pada mulanya merupakan salah satu makmal kecemerlangan yang dikenali sebagai Spatial and Numerical Modeling Laboratory (SNML) di Institut Teknologi Maju (ITMA), UPM. SNML telah ditubuhkan pada 2001 bagi menjalankan penyelidikan terkini yang memfokuskan dalam bidang Penderiaan Jauh, Sains Maklumat Geospatial (GIS), Sensor dan Visualisasi dan Permodelan Berangka. SNML merupakan sebuah makmal yang sangat produktif, menjadi makmal bertaraf lima bintang pada tahun 2010 dan 2011 dengan mencapai skor Myra sebanyak 124.9% (di luar maksimum 100%).
Selepas 12 tahun kewujudan SNML, nama Geospatial Information Science Research Center telah dipilih sebagai penjenamaan semula SNML sebagai pusat penyelidikan yang baharu. Penubuhan pusat penyelidikan ini telah diluluskan secara rasminya pada 26 Jun 2012 oleh Senat UPM. GISRC menjalankan penyelidikan dalam bidang Sains Maklumat Geospatial, Penderiaan Jauh dan Sistem Geospatial Pintar.
VISI
Sebagai peneraju dalam bidang penyelidikan Sains Maklumat Geospatial, Penderiaan Jauh dan Sistem Geospatial Pintar
MISI
ORGANISASI
Bil. | Jawatan | Nama | Emel |
1. | Ketua/ Penyelidik Utama | Sr. Gs. Dr. Siti Nur Aliaa | |
2. | Ahli/ Penyelidik Utama |
Prof. Madya Dr. Helmi Zulhaidi Mohd. Shafri
|
|
3. | Ahli/ Penyelidik Utama | Profesor Dr. Abdul Rashid b. Mohamed Shariff | |
4. | Ahli/ Penyelidik Utama | Prof. Madya Dr. Ahmad Fikri Abdullah (FK) | |
5. | Ahli/ Penyelidik Utama | Gs. Dr. Nik Norasma Che'Ya (FP) | |
6. | Ahli/ Penyelidik Utama | Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof (FRSB) | |
7. | Ahli/ Penyelidik Utama | Dr. Aidi Hizami Ales@Alias |
KEMUDAHAN PENYELIDIKAN
Greenseeker Sensors (NTech/ USA)
The GreenSeeker Hand Held™ adalah alat penyelidikan tanaman dan perundingan yang menyediakan data untuk menentukan Normalized Difference Vegetative Index (NDVI) dan red to near infrared ratios. Indeks ini boleh digunakan bersamaan dengan rujukan agronomi untuk mengukur tindak balas nutrien asas, keadaan tanaman, potensi hasil, tekanan, dan kesan perosak.
Total Station (Leica TCR407 R400 Total Station)
Untuk menentukan jarak dan sudut dari instrumen ke titik tinjauan.
Spectroradiometer
Untuk mengukur kadar masa integrasi objek, kadar pantulan dicerminkan oleh objek dan kadar penyerapan cahaya objek.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Geospatial Information Science Research Center (GISRC)
Tingkat 6, Blok Menara,
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia
Emel: aliaa_roslan@upm.edu.my
Kemaskini:: 27/02/2023 [ernaleza]
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430