Kawasan permukaan bumi selalunya berubah secara berterusan. Ini terjadi disebabkan oleh proses-proses luluhawa dan hakisan. Proses ini juga dipanggil 'denudasi'.

Luluhawa

Hakisan dan Pengenapan

Kerja-kerja yang dilakukan oleh sungai

Kerja-kerja yang dilakukan oleh pantai
Kerja-kerja yang dilakukan oleh angin

Kerja-kerja yang dilakukan oleh ais

 

Luluhawa

Terdiri dari :

  1. Luluhawa Kimia

  2. Luluhawa Mekanikal

  3. Luluhawa Biologi

 

Luluhawa Kimia

  • Proses pemecahan mineral-mineral kepada bentuk yang baru melalui ejen-ejen seperti :

  1. asid di udara

  2. asid di dalam air/hujan

  3. asid di dalam air sungai

  • Proses-proses yang terlibat :

  1. Penguraian

  2. Pengoksidaan

  3. Pengurangan

  4. Hidrasi

  5. Hidrolisis

  6. Pergerakan ions

  7. Penukaran kation

 

Contoh :

CaCO3 + H2O + CO2 Ca (HCO3)2

 

  • Selalu bertindak pada batu kapur

 

Rajah 1 : Batukapur yang disebabkan oleh luluhawa kimia

 

 

Luluhawa Mekanikal

  • Pemecahan batuan-batuan kepada serpihan-serpihan yang lebih kecil di sebabkan oleh suhu, kesan daripada jatuhan air hujan dan juga angin.

  • Proses-proses :

  1. Penambahan beban

  2. Pengurangan beban

  3. Penambahan suhu

  4. Lembapan dan pengeringan

  5. Pengkristalan

  6. Penambahan pneumatic

  • Aksi-Aksi frost

  • Insolasi

 

Luluhawa Biologi

  • Oleh aktiviti-aktiviti haiwan dan tumbuhan

  • Aktiviti microbio boleh mengubah komposisi tanah/bumi yang berdekatan dengan permukaan

  • Kesan luluhawa ini adalah kecil sahaja

 

 

 

Hakisan dan Pengenapan

Hakisan :

  •  Mengangkut material-material yang terluluhawa (detritus) daripada tempat di mana ia terluluhawa kepada satu tempat lain dan dienapkan.

  • Ejen-ejen hakisan :

  1. Sungai

  2. Angin

  3. Ais yang bergerak

  4. Gelombang

  • Pengenapan detritus hasil daripada proses hakisan adalah seperti :

  1. delta di muara sungai

  2. pantai

  3. "screes" di cerun-cerun

  4. "sand dunes" di gurun atau padang pasir

 

 

Kerja-kerja yang dilakukan oleh sungai

 

Kadar hakisan bergantung kepada masa banjir. Jika lama masanya, maka kadar hakisan adalah lebih tinggi.

Hakisan sungai berlaku :

  1. Di bahagian hulu (muda)
  2. Di bahagian dataran (dewasa)

Di bahagian hulu berbentuk V

Di bahagian hilir (tua) berbentuk U

 

 

 

Kerja-kerja yang dilakukan oleh Pantai

 

  • Proses geologi yang bertindak di laut adalah proses yang melibatkan gelombang, pasang surut dan arus.

  • Pasang surut - satu proses berkala ( 2 kali sehari), kenaikan dan penurunan aras laut akibat tarikan bulan terhadap jasad air lautan.

  • Pasang besar (spring) - Bumi, Bulan dan Matahari sejajar

  • Pasang mati (weap) - Bulan dan Matahari (1/4 & 3/4)

Gelombang dan Ombak

Gelombang terbentuk bila permukaan nair ditarik oleh angin. Angin pasang membawa gelombang ke pantai dan bila dasar gelombang tercecah dasar laut, gelombang pecah ombak, Ombak akan meneruskan momentumnya ke pantai setelah ia memukul pantai, ia turun sebagai "backwash" yang mempunyai arus bawah.

 

 

Kerja-kerja yang dilakukan oleh Angin

  • Hakisan Angin : Kebanyakan berlaku di kawasan yang panas dan cuaca yang kering
  • Tiupan angin ke atas permukaan yang terluluhawa menyebabkan partikel yang longgar akan dibawa oleh angin ke tempat lain.
  • Enapan yang terbentuk daripada hakisan angin :
  1. Bukit pasir
  2. 'Barchan dunes'
  3. 'Seif dunes'
  4. 'Whale backs'
  5. 'Sand sheet'

 

 

Kerja-kerja yang dilakukan oleh Ais

 

 

 

 

| Bab 1 | Bab 2: Proses - Proses di Permukaan Bumi | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |