Event Title
PROGRAM GERAK GEMPUR AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA), FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM - SIRI 1 /2023
Date
20 Mar 2023 - 21 Mar 2023
Location
SETIAP ZON EKSA FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM
Event Summary
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
PROGRAM GERAK GEMPUR AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA), FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM - SIRI 1 /2023
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan Pejabat Dekan Fakulti Kejuruteraan, UPM akan mengadakan Program Gerak Gempur EKSA (Siri 1/2023) pada :
Tarikh : 20 & 21 Mac 2023 (Isnin & Selasa)
Masa : 9 pagi hingga 4.30 petang (Aturcara akan dikongsikan kemudian)
Tempat : Semua Zon, Fakulti Kejuruteraan, UPM
Semua ketua dan ahli setiap zon diminta bersedia.
Penting untuk makluman dan perhatian setiap ahli Zon EKSA, gerak gempur ini adalah Audit Kendiri EKSA/persediaan awal sebelum Penilaian Anugerah Pejabat Terbaik bagi Anugerah Program Inovasi dan Apresiasi (PIA) Fakulti Kejuruteraan, UPM 2023.
Sukacita dikongsikan penganjuran Program PIA FK, UPM 2023 dijadualkan pada bulan Mei 2023. Sebagaimana tradisi Program PIA akan dimeriahkan dengan pelbagai pengisian seperti aktiviti inovasi, riadah dan pengiktirafan. Mempertandingkan beberapa Anugerah antaranya Jabatan Terbaik, Pejabat Terbaik, Makmal Terbaik dan pelbagai anugerah lain, proses penilaian akan berlangsung sekitar Mac hingga Mei 2023.
Bersama ini dimajukan PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA), UPM EDISI KEDUA (2022) untuk rujukan pelaksanaan EKSA di semua PTJ di UPM.
Diharapkan Panduan Pelaksanaan EKSA UPM Edisi Kedua ini dapat membantu menambahbaik pelaksanaan EKSA dengan lebih berkesan.
Semoga makluman ini mendapat perhatian semua.

Updated:: 03/03/2023 [norizzaida]
MEDIA SHARING