PROJEK STEM 2026: INNOVATION-DRIVEN STEM FOR SUSTAINABILITY: INSPIRING MALAYSIA’S NEXT YOUNG INVENTOR | FACULTY OF ENGINEERING eng
» ACTIVITIES » PROJEK STEM 2026: INNOVATION-DRIVEN STEM FOR SUSTAINABILITY: INSPIRING MALAYSIA’S NEXT YOUNG INVENTOR

ACTIVITIES

Event Title
PROJEK STEM 2026: INNOVATION-DRIVEN STEM FOR SUSTAINABILITY: INSPIRING MALAYSIA’S NEXT YOUNG INVENTOR
Date
04 Aug 2026 - 04 Aug 2026
Time
10.00 - 03.00
Location
AUDITORIUM JURUTERA RADIN UMAR, FACULTY OF ENGINEERING
Event Summary
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Ts./Tuan/Puan,

[4 OGOS] Jemputan ke Pertandingan Projek STEM 2026: Innovation-Driven STEM for Sustainability: Inspiring Malaysia’s Next Young Inventor

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi dan Jaringan Industri & Masyarakat (TDPI), Fakulti Kejuruteraan UPM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Keramat telah menganjurkan Projek STEM 2026: Innovation-Driven STEM for Sustainability: Inspiring Malaysia’s Next Young Inventor sejak Januari 2026 di bawah inisiatif KTGS@FK.

Program ini melibatkan pegawai akademik Fakulti Kejuruteraan sebagai mentor kepada 20 kumpulan pelajar daripada 20 buah sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Keramat dalam membangunkan projek inovasi bertemakan Internet of Things (IoT), Kecerdasan Buatan (AI) dan Kesihatan Planet. Kemuncak program ini ialah pertandingan dan pameran hasil projek yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 4 Ogos 2026 (Selasa)
🕙 Masa: 10.00 pagi – 3.30 petang
📍 Tempat: Foyer, Fakulti Kejuruteraan, UPM

Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Ts./Tuan/Puan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan pertandingan serta memberi sokongan kepada para peserta dan pegawai akademik Fakulti Kejuruteraan yang terlibat sebagai mentor program ini.

Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Ts./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

PEJABAT TIMBALAN DEKAN PENYELIDIKAN & INOVASI DAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (TDPI)
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
eng.tdpi@upm.edu.my

Updated:: 30/07/2026 [norizzaida]

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694098
0397694488
W, (05:11:49pm-05:16:49pm, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]