BICARA MINDA PENGURUSAN AKADEMIK PRRASISWAZAH DAN SISWAZAH, FAKULTIKEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | FAKULTI KEJURUTERAAN
» AKTIVITI » BICARA MINDA PENGURUSAN AKADEMIK PRRASISWAZAH DAN SISWAZAH, FAKULTIKEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AKTIVITI

Tajuk Acara
BICARA MINDA PENGURUSAN AKADEMIK PRRASISWAZAH DAN SISWAZAH, FAKULTIKEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Tarikh
29 Sep 2022 - 29 Sep 2022
Masa
01.00 - 07.30
Lokasi
Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan
Ringkasan Acara
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM BICARA MINDA PENGURUSAN AKADEMIK PRRASISWAZAH DAN SISWAZAH, FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA



Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.



2. Dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan program Bicara Minda Pengurusan Akademik Prasiswazah dan Siswazah bertujuan untuk menyuburkan semula minda tentang polisi dan ketetapan berkaitan dengan akademik di UPM, serta memantapkan pengurusan akademik dalam kalangan pensyarah, mahupun staf dan pegawai yang menguruskan hal ehwal akademik di fakulti. Maklumat program adalah sebagaimana berikut:-



Program: Bicara Minda Pengurusan Akademik Prasiswazah dan Siswazah

Tarikh : 29 September 2022 (Khamis)

Tempat : Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan

Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang



3. Sehubungan itu, YBhg. Prof./Tuan / Puan dengan segala hormatnya diminta menyertai ke program berkenaan yang kehadirannya diwajibkan untuk semua pensyarah dan pegawai yang menguruskan hal ehwal akademik di Fakulti Kejuruteraan. Mohon kerjasama semua untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Ketua Jabatan/ Penyelia masing-masing sekiranya tidak dapat hadir ke program ini.



Kesudian YBhg. Prof. Tuan / Puan meluangkan masa untuk menghadiri program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kemaskini:: 27/09/2022 [ahmadadib]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEYHA2~