AUDIT DALAMAN 2022 SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) MS ISO 9001 DI FAKULTI KEJURUTERAAN UPM | FACULTY OF ENGINEERING
» ARTICLE » AUDIT DALAMAN 2022 SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) MS ISO 9001 DI FAKULTI KEJURUTERAAN UPM

AUDIT DALAMAN 2022 SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) MS ISO 9001 DI FAKULTI KEJURUTERAAN UPM

Audit Dalaman 2022 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)
di Fakulti Kejuruteraan (FK) UPM telah dilaksanakan pada 21 Jun hingga 23 Jun 2022 dengan melibatkan Ketua Juruaudit Dalaman (KJAD), Pn Sarah Salwah Adnan dan barisan Juruaudit Dalaman Fakulti (JAD) seramai 30 orang.

Skop proses kerja yang dinilai adalah menjurus kepada tiga (3) iaitu Skop Pengurusan, Skop Perkhidmatan Utama (Prasiswazah, Siswazah dan Penyelidikan) dan Skop Sokongan (Pengurusan Pelanggan, Kewangan, Latihan, Peralatan, Kemudahan Infrastruktur dan Kenderaan, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Penentukuran dan Verifikasi Peralatan, Pengurusan dan Keselamatan Makmal dan Jaringan Industri dan Masyarakat)
yang melibatkan barisan auditees dalam kalangan Ahli Pengurusan, Pegawai Akademik dan Pegawai Bukan Akademik di Fakulti Kejuruteraan.

Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada KJAD, JAD dan semua warga fakulti yang terlibat dalam menjayakan Audit Dalaman QMS 2022 ini.

Sekian, Terima Kasih.








Date of Input: 27/06/2022 | Updated: 27/06/2022 | ahmadadib

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEYWAO~