Christine Jamie Juara 3MT 2015 Peringkat Fakulti Kejuruteraan! | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Christine Jamie Juara 3MT 2015 Peringkat Fakulti Kejuruteraan!

Christine Jamie Juara 3MT 2015 Peringkat Fakulti Kejuruteraan!

Ketiga-tiga pemenang 3MT bergambar bersama para juri


Christine Jamie pemenang 3MT (2015) peringkat Fakulti Kejuruteraan!

Serdang, Jun 2015 : Pelajar siswazah daripada Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan muncul juara dalam pertandingan 3 Minute Thesis Competition (3MT) 2015 yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan baru-baru ini.

Pertandingan tersebut yang terbuka kepada semua pelajar siswazah menyaksikan Christine tampil juara dengan tajuk tesisnya Development of a Drupe Dehusker for the Improved Recovery and Quality of Palm Mesocarp and Palm Kernel di bawah penyeliaan Assoc. Madya Dr. Rosnah Shamsudin

Sementara itu, ditempat kedua adalah Riyadh Ibraheem Ahmed daripada Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa dengan tajuk tesisnya Rock Dynamics of Limestone dan tempat ketiga dimenangi oleh Gobindaran Raju daripada Jabatan Kejuruteraan Awam dengan tesisnya bertajuk Theoretical Foundation and Analysis Study of Coanda Micro-Air Vehicle.

Para juri yang mengadili pertandingan ini adalah terdiri daripada Dr. Nuzul Azam Haron,Penyelaras Siswazah Jabatan Kejuruteraan Awam, Dr. Shafreeza Sobri,Penyelaras Siswazah Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar dan Dr. Nurul Adilah Abdul Latiff daripada Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi.

Ketiga-tiga pemenang akan mewakili Fakulti ke 3MT di peringkat Universiti yang dijadualkan pada bulan September yang akan datang.

3MT ini diasaskan dan diadakan pertama kalinya di Australia memberi ilham kepada Universiti di Malaysia untuk membuka peluang kepada para siswazah membentangkan tesis dalam masa yang singkat dan dalam masa yang sama mampu mencabar kemahiran mereka dalam persediaan viva. Secara tidak langsung peserta juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan tindak balas pantas serta boleh dipraktikkan semasa sesi temuduga dan persekitaran kerja kelak.

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | farahidayu

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEUHAE~