Empat Orang Pensyarah Muda UPM Dipilih Sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif YSN-ASM 2020 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Empat orang pensyarah muda UPM dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif YSN-ASM 2020

Empat orang pensyarah muda UPM dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif YSN-ASM 2020

SERDANG - Empat orang pensyarah muda dari UPM telah dipilih sebagai ahli jawatankuasa eksekutif Rangkaian Saintis Muda-Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM) untuk tahun 2020.

Pensyarah muda yang diberi kepercayaan ialah Dr. Chau De Ming dan Dr. Manraj Singh Cheema dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang masing-masing dilantik sebagai Pengerusi dan Pengerusi Bersama Kumpulan Kerja Integriti Sains. Prof. Madya Dr. Wan Azlina Wan Ab Karim Ghani (Fakulti Kejuruteraan) telah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja Tadbir Urus dan Polisi Sains serta Prof. Madya Dr. Siti Sarah Othman (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul) dilantik sebagai Pengerusi Bersama Kumpulan Kerja Rangkaian Sains Antarabangsa.

YSN-ASM merupakan rangkaian yang ditubuhkan pada Disember 2012 sebagai sebahagian daripada Akademi Sains Malaysia (ASM). Rangkaian ini mewakili suara komuniti saintis muda negara yang berperanan sebagai kumpulan pemikir, pemimpin dan pelaksana yang mengetuai kemajuan sains di negara ini serta menyumbang secara signifikan kepada bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi di peringkat glokal.

Diharapkan agar kumpulan saintis muda yang terkemuka ini dapat merealisasikan aspirasi UPM dan negara dalam mencapai kecemerlangan saintifik dan mewujudkan impak progresif ke arah pembangunan dalam bidang STEM di negara ini - UPM

Tarikh Input: 12/03/2020 | Kemaskini: 12/03/2020 | khairulazman

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdSAM~