Fakulti Kejuruteraan UPM Cemerlang Di Kejohanan Piala Dekan FKAB USIM 2023 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Fakulti Kejuruteraan UPM Cemerlang di Kejohanan Piala Dekan FKAB USIM 2023

Fakulti Kejuruteraan UPM Cemerlang di Kejohanan Piala Dekan FKAB USIM 2023

Nilai, 8 Januari 2023 - Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia telah mengadakan Kejohanan Piala Dekan FKAB USIM 2023 pada 7 dan 8 Januari 2023 di sekitar Universiti Sains Islam Malaysia.

Program ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang melibatkan 4 buah universiti di Malaysia iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL-BMI).

Seramai 40 pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai 2 acara dalam kejohanan ini termasuklah acara bola sepak (lelaki) dan bola jaring (wanita) yang berlangsung selama 2 hari.

Pada kejohanan ini, pasukan bola sepak (lelaki) Fakulti Kejuruteraan UPM telah mendapat tempat ketiga dan pasukan bola jaring (wanita) Fakulti Kejuruteraan UPM telah mendapat tempat kedua. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan pada hari terakhir kejohanan bagi mengumumkan dan meraikan para pemenang. Para pemenang menerima pingat beserta sijil penyertaan.

TAHNIAH kepada semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyertai kejohanan ini.

 

PERLAWANAN BOLA SEPAK (LELAKI) KEJOHANAN PIALA DEKAN FKAB USIM 2023

 

 

PERLAWANAN BOLA JARING (WANITA) KEJOHANAN PIALA DEKAN FKAB USIM 2023

 

 

 

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN PIALA DEKAN FKAB USIM 2023

 

 

Tarikh Input: 02/02/2023 | Kemaskini: 02/02/2023 | norliyana_karim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEaHAa~