JABATAN KEJURUTERAAN AWAM RANGKUL BEBERAPA ANUGERAH DI NATIONAL GEOFEST 2014 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » JABATAN KEJURUTERAAN AWAM RANGKUL BEBERAPA ANUGERAH DI NATIONAL GEOFEST 2014

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM RANGKUL BEBERAPA ANUGERAH DI NATIONAL GEOFEST 2014

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM RANGKUL BEBERAPA ANUGERAH DI NATIONAL GEOFEST 2014

5 & 6 Nov -Sekumpulan lima orang pelajar tahun akhir daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, UPM telah berjaya membawa pulang beberapa anugerah di National Geotechnical Engineering Festival 2014 (National GEOFEST 2014).

National GEOFEST 2014 yang berlangsung selama dua hari di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor itu turut disertai beberapa lagi Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Berikut merupakan senarai anugerah yang dimenangi berserta senarai nama peserta dan penyelia projek :

Senarai anugerah :
i) Pingat emas - kategori kumpulan
ii) Tempat kedua - kategori projek terbaik
iii) Tempat ketiga - kategori poster terbaik
iv) Tempat ketiga - kategori pembentang terbaik

Senarai peserta:
1. Mohd Rabien Mat Hussin
2. Kam Ru Hui
3. Falil Nisa Abdul Jalil
4. Siti Aisah Ibrahim
5. Muhamad Yusri Madi

Penyelia:
1. Dr. Nik Norsyahariati Nik Daud
2. Dr. Zainuddin Md. Yusoff

nationalgeofest2014

Sejarah National GEOFEST 2014

Festival Kejuruteraan Geoteknik (GEOFEST) dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan dan menyokong pelajar prasiswazah di Malaysia untuk berinteraksi dan memajukan ilmu pengetahuan dan pemahaman geoteknik di samping bertindak sebagai platform bagi mengetengahkan projek penyelidikan.

Pada mulanya GEOFEST merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh UTHM, yang pertama kali diadakan pada tahun 2009. Semenjak itu ia mendapat maklumbalas yang sangat memberangsangkan dan positif daripada para peserta. Kemudian pihak UTHM dengan hasil perbincangan bersama institusi-institusi pengajian tinggi yang lain (UTM, UPM, UNIMAS, UNIMAP, UPNM dan CIDB) bersetuju untuk menganjurkan pertandingan itu ke Peringkat Kebangsaan dengan membuka penyertaan secara lebih meluas.

-Tamat-


Tarikh Input: | Kemaskini: | farahidayu

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEULAt~