KUNJUNGAN RASMI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI KE FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » KUNJUNGAN RASMI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI KE FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM

KUNJUNGAN RASMI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI KE FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM

KUNJUNGAN RASMI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI KE FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM

Pada 15 Februari 2023, Fakulti Kejuruteraan (FK) telah menerima sebuah kunjungan rasmi dari Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.

Kunjungan rasmi ini dimulakan dengan sesi Pembentangan Maklumat Umum Fakulti Kejuruteraan di bawah kelolaan Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khair Hassan, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi dan Jaringan Industri & Masyarakat) yang menerangkan data-data terkini mengenai fakulti khususnya maklumat pengajian prasiswazah, siswazah serta penyelidikan dan inovasi. 

Program ini diteruskan lagi dengan Sesi Dialog Pengerusi LPU bersama Ahli Pengurusan Fakulti Kejuruteraan di mana beberapa isu utama yang dibincangkan seperti strategi fakulti dalam memberi kelainan dan menjadikan FK sebagai fakulti kejuruteraan yang pertama di Malaysia, peranan FK dalam menerajui impian UPM untuk memperkasa bidang sains dan teknologi pertanian, perhutanan dan veterinar di samping keperluan beban kepada ahli akademik dengan agenda pendanaan & perniagaan universiti. 

Menerusi kunjungan rasmi ini, FK berpeluang untuk mempamerkan visibiliti fakulti melalui sesi lawatan yang dimulakan di dua buah makmal iaitu Makmal Jentera Pertanian di bawah kelolaan Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi dan Makmal Rekabentuk Mesin Pemprosesan Makanan di bawah kelolaan Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin. Sesi ini diteruskan lagi dengan lawatan Pameran Produk Penyelidikan oleh setiap jabatan serta lawatan ke Thinker Space 2.0 di mana penerangan ringkas untuk setiap lawatan dikendalikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khair Hassan dan Prof. Ir. Dr. Wan Azlina Wan Abdul Karim Ghani.

Sesi kunjunguan diakhiri dgn Taklimat Projek Rooftop Solar PV di UPM oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir selaku Pengerusi SURIA Task Force (SURIA – Solar for University’s Research and Investment Accelerations).Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program ini.

JABATAN

NAMA PRODUK

NAMA PENYELIDIK

Jabatan Kejuruteraan Awam

Composite Hybrid Plate Girder for Bridge construction

Dr. Nor Azizi Safiee

Reactor

Prof. Madya Dr. Syazwani Idrus

New Shear Test Equipment

Profesor Ir. Dr. Ratnasamy Muniandy

Plastic Beads For Construction

FMA Modelling For Actophia Road

A New Roller Compacted Mix Design Technique

Recycle Cooking Oil Granulate For Bitumen

Prof. Madya Dr. Fauzan Mohd. Jakarni

Cuplump Gel For Bitumen

Recycle Plastic PET Bottles For Road Construction

Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian (KBP)

SRI Single seedling rice nursery tray

Prof Madya. Ts. Dr. Aimrun Wayayok

Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar (KKA)

PCM PU Slab

Prof. Dr. Luqman Chuah Abdullah

Bacterial Cellulose (Facial Scrub)

Dr. Dayang Radiah Awang Biak

Hand Sanitizer

Pn. Shafizah Masuri

Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi (KKK)

Putra IoT Chip

Prof. Madya Ir. Dr. Fakhrul Zaman Rokhani

Malaysian Local Perennial Herbs (MYLPHerbs) Dataset

Dr. Marsyita Hanafi

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (KMP)

Biocomposite Products

Prof. Ir. Dr. Sapuan Salit

Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa (KAA)

Low Speed Wind Turbine

Prof. Madya Dr. Noorfaisal Yidris

New Concept of Rocket Fin

Prof. Dr. Ir. Kamarul Ariffin Ahmad

High Altitude Platform Station

Prof. Madya Dr. Azmin Shakrine Mohd Rafie

Channel Wing

Dr. Mohd Faisal Abdul Hamid

Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (KEE)

Battery Pack With BMS and Remote Monitoring System For EV and Energy Harvesting Applications

Prof. Dr. Ishak Ari

 

 

Tarikh Input: 25/05/2023 | Kemaskini: 30/05/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEaFAe~