Lawatan NingXia University Ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Lawatan NingXia University ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

Lawatan NingXia University ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

Lima dari kiri, Prof. He Jiangou, Dr. Azizan As'arry, Dr. khairil Anas Md Rezali, 
  Prof. Madya Dr. Wan Zuha Wan Hassan and 7 lagi pensyarah dari NingXia University
                                                                 

Serdang, Isnin 19 Ogos 2019- Satu lawatan oleh NingXia University telah di adakan ke  ke Makmal Getaran & Bunyi, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan hari ini. Lawatan yang diketuai oleh presiden nya, Prof. He Jianguo dan diiringi oleh 7 lagi pensyarah dari universiti yang sama. Rombongan ini telah disambut oleh Timbalan Dekan Pengajian Pra Siswazah Fakulti Kejuruteraan , Prof. Madya Dr. Wan Zuha Wan Hasan, Penyelaras Pembangunan, Dr. Azizan As’arry dan ahli makmal iaitu Dr. Khairil Anas Md Rezali dan Mohd Zafri  Mahdi.

Rombongan di bawa ke sekitar makmal bagi melihat sendiri peralatan, pengajaran dan penyelidikan yang ditempatkan di makmal itu. Rombongan ini merupakan lawatan NingXia University yang kedua pada 10 Julai 2019 bagi mementerai MoU antara 2 universiti yang bakal berlangsung pada hari ini.

Di akhir lawatan, kedua dua pihak saling bertukar tukar informasi dan merakamkan gambar kenangan.

Tarikh Input: 19/08/2019 | Kemaskini: 19/08/2019 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdTAQ~